KOTA BHARU:Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna KPDNHEP Kelantan akan terus mengambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga & Antipencatutan 2011 ke atas kesalahan premis yang gagal mempamerkan tanda harga pada barangan yang dijual.
Sepasukan pegawai KPDNHEP Kelantan bertindak demikian selepas menerima aduan daripada seorang pengadu yang membeli dua nasi bungkus dengan harga RM38 di sebuah kedai menjual nasi di sini tiga hari lalu.
Menurut Pengarah KPDHEP Kelantan, Adnan Abdul Rahman, pegawai penguat Kuasa KPDNHEP Kota Bharu telah bertindak menyiasat aduan tersebut di premis yang diadukan dan hasil siasatan dijalankan mendapati tiada tanda harga dipamerkan di premis berkenaan terhadap jualan makanan.
"Satu tindakan kes diambil di bawah Akta Kawalan Harga & Antipencatutan 2011 ke atas kesalahan premis gagal mempamerkan tanda harga pada barangan yang dijual.
"Sebelum itu satu aduan awam daripada pengguna telah diadukan kepada KPDNHEP Kota Bharu berkaitan satu premis tidak meletakkan tanda harga pada makanan yang dijual di Kubang Kerian, Kota Bharu Kelantan.
"Pengadu membayar sebanyak RM38 dan pengadu tidak berpuas hati dengan harga pembelian tersebut kerana harga terlalu tinggi dan tiada tanda harga dipamerkan," jelasnya.
Pengadu kemudiannya tampil ke pejabat KPDNHEP dengan membuat aduan rasmi berkaitan pengaduan tersebut berserta bukti pembelian dari premis yang diadukan.
Susulan itu kedai makan terbabit telah dikompaun kerana tidak meletakkan tanda harga pada barangan dijual.
Beliau menjelaskan untuk rekod sebanyak 44 kes di bawah Akta Kawalan Harga & Antipencatutan 2011 dilaporkan dari Januari 2021 hingga hari ini.
KPDNHEP memberi amaran kepada semua peniaga agar mempamerkan tanda harga supaya pengguna boleh membuat pilihan dan perbandingan sebelum pembelian.
Pengguna juga katanya boleh menyalurkan sebarang aduan sekiranya mengesyaki sebarang aktiviti yang mencurigakan dan KPDNHEP Kelantan tidak akan berkompromi untuk mengambil tindakan yang tegas keatas premis-premis yang melanggar undang-undang yang telah dikuatkuasakan.
Astro Awani
Tue Feb 09 2021
Sepasukan pegawai KPDNHEP Kelantan bertindak demikian selepas menerima aduan daripada seorang pengadu yang membeli dua nasi bungkus dengan harga RM38 di sebuah kedai menjual nasi di sini tiga hari lalu. - Foto KPDNHEP Kelantan
AWANI Ringkas: Suspek kes tembak KLIA didakwa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Jamaica secara rasmi iktiraf Palestin sebagai sebuah negara
Jamaica memutuskan untuk mengiktiraf secara rasmi Negara Palestin pada Selasa berikutan perbincangan dalam Kabinet pada hari sebelumnya.
Nahas helikopter Lumut: Van jenazah tiba di HRPB, bawa jenazah ke 23 RAMD
Sebanyak 10 van jenazah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dilihat memasuki perkarangan Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh pada jam 2.20 petang Rabu.
Nahas helikopter Lumut: Kesemua mangsa diberikan penghormatan terakhir ikut istiadat TLDM
Kesemua mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, semalam akan diberi penghormatan terakhir mengikut istiadat rasmi TLDM.
Nahas helikopter Lumut: Malaysia jadi tumpuan, masyarakat antarabangsa zahir simpati
Nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas dan mengorbankan 10 nyawa di Pangkalan TLDM Lumut semalam, turut menjadi perhatian masyarakat antarabangsa yang mengikuti perkem
Nahas helikopter Lumut: Kerajaan Perak akan bincang bentuk bantuan kepada waris
Kerajaan Negeri Perak akan melihat bentuk bantuan yang bakal dihulurkan kepada keluarga tiga mangsa tragedi helikopter TLDM terhempas di Lumut.
Harga minyak mahal akibat konflik beri cabaran besar kepada syarikat penerbangan - MIDF Research
Kenaikan harga bahan api jet merupakan cabaran utama kepada sektor penerbangan susulan daripada konflik geopolitik di Asia Barat yang kian memuncak kebelakangan ini.
Niaga AWANI: Breaking free from legacy systems in Malaysian companies
Daryll Tan, co-founder and director of OpenMinds Group emphasises the necessity for businesses to discard old paradigms and embrace new perspectives.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Donald Trump bertemu dengan mantan Perdana Menteri Jepun
Mantan presiden Amerika Syarikat Donald Trump bertemu dengan mantan Perdana Menteri Jepun Taro Aso di New York pada Selasa.
[LAPOR LANGSUNG] Nahas helikopter Lumut: Masyarakat antarabangsa zahir simpati
Kebanyakan portal media antarabangsa melaporkan kejadian itu dengan terperinci.
Kes tembak KLIA: Hafizul diberkas polis di Kota Bharu - KPN
Polis sudah memberkas suspek kes tembak Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Cuaca panas: Bomba rekod lebih 200 kes kebakaran terbuka di Kelantan
Bomba Kelantan merekodkan 232 kes kebakaran terbuka dalam tempoh lapan hari sejak 4 April lepas berikutan cuaca panas atau pembakaran terbuka.
Aidilfitri: Kerajaan tambah 60 penerbangan ke Kota Bharu
Kerajaan telah meluluskan 60 penerbangan tambahan ke Kota Bharu, Kelantan melibatkan 15,962 tempat duduk sempena musim perayaan Aidilfitri ini.
Dua lelaki disyaki bantu kegiatan pinjaman wang tanpa lesen ditahan
Polis menahan dua lelaki tempatan kerana disyaki terlibat dalam membantu kegiatan pinjaman wang tanpa lesen menerusi Op Vulture di bandar Kota Bharu.
Bekas ketua aktivis PPIM Kelantan didakwa ugut, cedera lelaki
Bekas ketua aktivis PPIM Kelantan didakwa atas dua pertuduhan iaitu melakukan ugutan jenayah dan menyebabkan kecederaan kepada seorang lelaki.
Imigresen, JPJ tahan 74 pendatang dalam operasi bersepadu
Jabatan Imigresen Kelantan menahan 74 pendatang tanpa izin dalam operasi bersepadu bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pagi tadi.
Lelaki bergelar 'Datuk' dikehendaki polis ditahan, direman di Kelantan
Ia berkaitan dengan kes ugutan dan mencederakan mangsa di Kota Bharu, baru-baru ini.
Cekal bergelar petani, wanita raih pendapatan lumayan
Penglibatan wanita dalam pelbagai sektor perniagaan di Kelantan bukan sesuatu yang asing malah sudah sebati dan menjadi budaya setempat.
Polis kesan empat lelaki dikehendaki bersabit jenayah di Kota Bharu
Mereka ialah Mohd Fared Abdul Ghani, Mohd Izani Ibrahim, Mohd Haziman Hikamarhakimi dan Wan Sharilazry Wan Mohd Sukry.
JKNK arah 12 premis makanan ditutup 14 hari
Operasi Bersepadu Premis Bersih yang dilancar Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan semalam menyaksikan 12 premis makanan diarah tutup.