Skip to main content

Dunia

Gempa Filipina: Gempa susulan 5.1 magnitud gegar Mindanao

Sumber: X
Menurut data awal GFZ, pusat gempa dikesan pada koordinat 5.85 darjah Utara dan 125.65 darjah Timur, namun tiada laporan segera mengenai kerosakan besar atau korban jiwa.

Satu gempa bumi susulan berukuran magnitud 5.1 menggegarkan kawasan Mindanao, di selatan Filipina pada Isnin malam.

Menurut Pusat Penyelidikan Geosains Jerman (GFZ), gegaran itu direkodkan pada jam 23:38 GMT dengan pusat gempa pada kedalaman 10 kilometer.

Menurut data awal GFZ, pusat gempa dikesan pada koordinat 5.85 darjah Utara dan 125.65 darjah Timur, namun tiada laporan segera mengenai kerosakan besar atau korban jiwa.

Setakat ini, pihak berkuasa tempatan masih menilai keadaan di kawasan terjejas.

Gegeran ini berlaku ketika rantau Mindanao masih berdepan kesan siri gegaran kuat yang bermula sejak awal Isnin, apabila satu gempa besar berukuran sekitar 7.8 magnitud melanda kawasan sama pada pagi semalam.

Gempa utama itu mencetuskan gegaran kuat di beberapa bandar utama termasuk General Santos dan Sarangani, menyebabkan kerosakan struktur bangunan, gangguan bekalan elektrik serta memaksa penduduk berpindah ke kawasan selamat.

Must Watch Video

Advertisement