SEMPORNA: Dua nelayan dikhuatiri hilang di laut selepas gagal dihubungi ketika keluar memukat di perairan Bohey Dulang, dekat sini pada Isnin.
Difahamkan, Wleson@Jukno, 30, dan Osman Palik, 28, keluar memukat pada Ahad, namun gagal dihubungi kira-kira jam 12.40 tengah hari Isnin sebelum laporan polis dibuat bagi mengesan kedua-dua mangsa.
Pengarah Zon Maritim Semporna, Komander Maritim Norrimi Hassan berkata, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Semporna bertindak mengaktifkan Op Carilamat bagi mengesan kedua-dua nelayan itu pada Isnin.
"Menurut laporan yang diterima, pengadu telah menghubungi telefon bimbit mangsa sekitar jam 12.40 tengah hari semalam namun gagal.
"Khuatir dengan keselamatan mereka yang masih berada di laut, pengadu bertindak ke balai polis berdekatan dan membuat laporan berhubung kejadian itu," katanya dalam kenyataan di sini pada Selasa.
Katanya, dua bot peronda Maritim Malaysia serta sebuah bot ronda Pasukan Polis Marin (PPM) telah diatur gerak ke lokasi kejadian bagi melaksanakan usaha pencarian awal.
"Operasi Carilamat ditangguhkan pada jam 6 petang semalam dan disambung pada jam 7 pagi tadi.
"Maritim Malaysia sentiasa mengalu-alukan maklumat daripada semua komuniti Maritim untuk melaporkan sebarang maklumat berkaitan kes kepada Pusat Operasi Zon Maritim Semporna di talian 089-782619," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Feb 08 2022

Op Carilamat dua nelayan dikhuatiri hilang dilaut sedang dilakukan Maritim Malaysia di perairan Bohey Dulang, Semporna. -Foto Sinar Harian

10 Berita Pilihan - (08 Ogos 2022)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 8 Ogos 2022.

Rang Undang-Undang Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah 2021 mampu jimat kos, hukuman lebih adil
Rang Undang-Undang Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah (Pindaan) 2021 dilihat mampu menjimatkan kos pengurusan penjara selain mewujudkan hukuman lebih adil kepada pesalah.

ASEAN55: Dasar tidak campur tangan perlu lihat keadaan semasa
Timbalan KSU (Jabatan Hal Ehwal Pelbagai Hala) Kementerian Luar Negeri, Datuk Cheong Loon Lai melihat dasar tidak campur tangan ASEAN perlu diolah mengikut situasi terkini di rantau ini.

ASEAN55: Perkongsian kelebihan & kekurangan rapatkan jurang antara negara anggota
Ketua Penolong Pengarah Seksyen Pembangunan Komuniti & Sosial NADMA, Muhammad Fauzie Ismail melihat ASEAN berada di landasan betul dalam usaha kemanusiaan.

ASEAN55: Perlu ada keberanian untuk kaji semula dasar-dasar tertentu
Ketua Pegawai Eksekutif GPM Malaysia, Ahmad Fahmi Mohd Samsudin berpendapat ASEAN perlu melihat semula kedudukan mereka menuju matlamat asal penubuhannya.

PDRM umum pertukaran 20 pegawai kanan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran 20 pegawai kanannya berkuat kuasa 12 Sept ini.

Jangan gentar dengan ribut dan badai, kata PM Lee sempena sambutan Hari Kebangsaan Singapura ke-57
Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong mengingatkan rakyatnya agar sentiasa kekal bersatu dan teguh.

Subsidi bersasar dilaksanakan apabila keadaan ekonomi mengizinkan - Tengku Zafrul
Keputusan memperkenalkan subsidi bersasar hanya akan dibuat setelah keadaan ekonomi mengizinkan iaitu apabila kadar inflasi dapat dikawal dengan baik.

Negara rugi RM4.25 bilion setiap tahun
Nelayan asing kini semakin berani dan agresif bagi memastikan mereka tidak ditahan serta hasil tangkapan tidak dirampas.

Pemerdagangan rokok haram naik semula separuh pertama tahun 2022
Pemerdagangan rokok haram meningkat semula pada separuh tahun pertama 2022 selepas mencatatkan penurunan memberangsangkan daripada 63.8 peratus pada 2020 kepada 57.3 peratus pada 2021.

APMM Terengganu aktifkan SAR cari bot bawa 10 pemancing, tiga kru
APMM Terengganu hari ini mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) sebuah bot yang membawa 10 pemancing dan tiga kru termasuk tekong yang dikhuatiri hilang di perairan Besut.

Tonto laut menyamar nelayan demi upah RM400 seludup PATI
Tonto laut akan keluar ke laut lebih awal mengikut masa yang telah ditetapkan oleh sindiket dan akan berada berhampiran lokasi pendaratan PATI.

Sindiket Ibu Yuli, Samsul aktif seludup PATI
Sindiket itu dikesan bergiat di Selangor dan negara jiran sejak November tahun lalu.

Pelayar warga Perancis ditahan di Mersing
Lelaki berkenaan ditahan di perahu layarnya yang sedang bersauh di kedudukan kira-kira 1.6 batu nautika timur dari muara Sungai Mersing.

APMM tahan dua bot fiber tangkap siput secara haram
APMM menahan bot tersebut ketika rondaan rutin Op Aman dan Op Khas Pagar Laut di sekitar perairan negeri Perlis bagi mencegah sebarang penyeludupan dan jenayah maritim.

Genap setahun suami hilang di laut
Harapan dan penantiannya terhadap kepulangan suaminya, yang hilang sejak Mei tahun lalu, tidak pernah luntur.

Maritim Perak tahan bot nelayan kelas B, langgar syarat sah lesen
Tangkapan dilakukan bot ronda Maritim Malaysia ketika melaksanakan Op Benteng dan Op Pintas di perairan negeri Perak.

Gagal kemuka dokumen sah, bot tunda dan tongkang ditahan
Maritim Malaysia Negeri Perak menahan sebuah bot tunda bersama tongkang di kedudukan 0.3 batu nautika timur Pulau Pangkor pagi tadi.