MEKAH: Dua orang daripada jemaah haji Malaysia dilaporkan telah dimasukkan ke hospital akibat sesak nafas.
Perkara ini disahkan oleh Ketua Rombongan Haji Malaysia, Mohd Hisham Harun dalam sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat Operasi Tabung Haji di Mekah pada Ahad.
Advertisement
"Kedua-dua mereka dilaporkan dalam keadaan stabil, dan ini adalah diakibatkan oleh sedikit serangan jantung yang mendapat sesak dada," katanya.
Tambahnya, individu wanita berusia 65 tahun telah dibenarkan keluar hospital manakala seorang lagi jemaah lelaki berusia 72 tahun masih dirawat di Hospital Mekah.
Beliau pada masa sama turut menasihati jemaah haji Malaysia untuk terus mengutamakan kesihatan dan mematuhi arahan yang dikeluarkan Tabung Haji.
"Elakkan aktiviti luar terutamanya pada waktu panas terik dan sentiasa memakai dan mempamerkan pas pengenalan diri atau Kad Nusuk," tambahnya.