KOTA BHARU: Polis akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan terhadap dua pegawai kanannya yang kini direman disyaki terlibat rasuah.
Timbalan Ketua Polis Kelantan SAC Abdullah Muhammad Piah berkata pihaknya juga akan menjalankan siasatan dalaman selari dengan SPRM bagi membantu siasatan berkaitan kes itu.
"Dalam pada itu, saya juga ingin menyeru warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya mengelakkan diri daripada perbuatan rasuah kerana ia boleh meruntuhkan dan merosakkan imej, malah hilang keyakinan rakyat terhadap polis," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Taman Kurnia Jaya, Pengkalan Chepa, dekat sini, hari ini.
Semalam, seorang pegawai kanan polis berpangkat Deputi Superintendan (DSP) direman lima hari bagi membantu siasatan susulan penahanan seorang pegawai berpangkat Asisten Superintendan (ASP) selepas disyaki meminta suapan sebanyak RM200,000 daripada pasangan pengedar dadah.
Ditanya tindakan polis terhadap kedua-duanya yang berusia 48 tahun itu, Abdullah berkata buat masa ini mereka ditahan kerja dan sekiranya didapati bersalah serta dijatuhi hukuman oleh mahkamah, maka pihaknya akan menamatkan perkhidmatan mereka.
"Apabila dijatuhi hukuman di mahkamah, kita (PDRM) akan gantung kerja mereka terlebih dahulu dan seterusnya penamatan perkhidmatan," katanya.
Berhubung perkembangan penemuan mayat reput dan berkecai dekat Pasir Puteh, pada 3 Julai lepas, Abdullah berkata pihaknya masih menunggu keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dijangka siap dalam seminggu atau dua minggu ini.
"Setakat ini, polis belum kenal pasti identiti mayat itu. Justeru, kita menyeru orang ramai yang kehilangan ahli keluarga untuk tampil melaporkan kepada kami," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 11 2021
Polis akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada SPRM bagi membantu siasatan terhadap dua pegawai kanannya yang kini direman disyaki terlibat rasuah.
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Pemilihan AGM: Presiden Paralimpik lapor SPRM, dakwa wujud elemen rasuah
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin hari ini membuat laporan kepada SPRM yang mendakwa wujudnya eleman rasuah dalam pemilihan AJK badan itu.
SPRM peroleh perintah larang akses aset 1MDB AS$340 juta di UK
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan perintah larangan bagi melarang pihak-pihak tertentu untuk berurusan dengan aset yang dikaitkan dengan skandal 1MDB sejumlah AS$340 juta.
Seorang lagi individu bergelar Datuk ditahan kes rasuah projek pembinaan RM250 juta di Sarawak
SPRM menahan reman seorang lagi individu bergelar Datuk yang disyaki terlibat dalam kes rasuah sebagai balasan mendapatkan projek-projek pembinaan di Sarawak.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 9 Disember 2024.
SPRM nafi siasatan HRD Corp ditutup
SPRM menafikan pihaknya menutup siasatan kes berkaitan Pembangunan Sumber Manusia Bhd (HRD Corp) yang dijalankan sebelum ini.
Rasuah ADUN Sabah: SPRM rakam percakapan 15 individu termasuk pemberi maklumat
SPRM telah merakam percakapan 15 individu, termasuk lapan ADUN Sabah dan seorang pemberi maklumat berhubung video dakwaan skandal rasuah.
PAFA pertama lantik Pengarah SPRM ketuai Jawatankuasa Integriti
PAFA pertama lantik Pengarah SPRM ketuai Jawatankuasa Intergriti
Bekas pengarah eksekutif agensi Pulau Pinang direman, rasuah pembelian pedati emas
SPRM Pulau Pinang mereman bekas pengarah eksekutif sebuah agensi kerana dipercayai menyalahgunakan kedudukan bagi mendapatkan RM300,000 melibatkan pembelian pedati emas.
Kecekapan SPRM bawa kejayaan kepada tangkapan taikun Singapura - Azam Baki
Setelah hampir dua dekad melarikan diri, seorang taikun warga Singapura yang terlibat dalam kes penyelewengan AS$51 juta (RM227 juta) akhirnya berjaya ditangkap bersama isterinya di Johor, semalam.
Masidi beri keterangan sukarela di SPRM
Masidi berkata, kunjungannya ke SPRM adalah untuk membantu siasatan serta tanda sokongonnya untuk membanteras rasuah di negeri ini.