awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua pekerja maut, kilang percetakan terbakar

Sinar Harian
Sinar Harian
15/06/2023
03:21 MYT
Dua pekerja maut, kilang percetakan terbakar
Anggota bomba sedang memadamkan kebakaran melibatkan sebuah kilang percetakan di Taman Industri Selaman, Bandar Baru Bangi, hari ini. - Foto Sinar Harian
KAJANG: Dua pekerja warga Bangladesh maut dalam kebakaran melibatkan sebuah kilang percetakan di Taman Industri Selaman, Bandar Baru Bangi di sini hari ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian pada jam 4.14 pagi.
"Seramai 23 anggota dan 13 pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Bandar Baru Bangi, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semenyih dan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serdang dikejarkan ke lokasi kejadian bersama tujuh buah jentera.
"Kebakaran melibatkan sebuah kilang percetakan berkeluasan 60x80 kaki persegi," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Katanya, kerja pemadaman secara terus dijalankan oleh anggota bomba terlibat.
"Kebakaran dikawal pada jam 4.48 sebelum dipadamkan sepenuhnya pada jam 4.50 pagi.
"Dua daripada enam mangsa terlibat masing-masing berumur 34 dan 38 tahun dipercayai pekerja kilang tersebut disahkan meninggal dunia akibat terhidu asap disebabkan kawasan kilang yang tiada ruang pengudaraan," katanya.
Menurutnya, siasatan lanjut berkaitan kejadian masih dijalankan.
"Anggaran kerugian serta punca kejadian masih dalam siasatan," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kilang percetakan terbakar
#Bandar Baru Bangi
#pekerja kilang maut
#warga Bangladesh maut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan