awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai IKBN Kuala Langat didakwa bersubahat buat tuntutan palsu RM76,980
KDN gesa elak perhimpunan sempena lawatan PM Modi
KPDN Pulau Pinang tumpaskan kegiatan seleweng minyak masak bersubsidi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua pelajar tingkatan satu lemas mandi di pantai Seberang Takir

Bernama
Bernama
12/12/2016
23:43 MYT
Dua pelajar tingkatan satu  lemas mandi di pantai Seberang Takir
Operasi mencari mangsa melibatkan kekuatan 26 anggota termasuk tujuh daripada pasukan skuba, enam anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan sembilan anggota polis. - Gambar fail
Dua pelajar tingkatan satu ditemui lemas selepas mandi di Pantai Seberang Takir, di sini hari ini.
Ketua Balai Bomba Kuala Terengganu Che Shaari Abdullah berkata kedua-dua mangsa mandi di pantai tersebut bersama dua lagi rakan mereka.
Beliau berkata mayat Mohd Mujahid Mohd Zuni, 13, ditemui pasukan penyelam kira-kira 6 petang tadi, manakala Ahmad Baihaqi Nor Shariman dijumpai pada 10.35 malam ini.
"Mayat Mohd Mujahid ditemui di tepi pantai tidak jauh dari tempat mereka mandi, kira-kira 10 meter sahaja manakala mayat Ahmad Baihaqi ditemui pada jarak 500 meter dari lokasi yang sama," katanya kepada pemberita di sini.
Che Shaari berkata operasi mencari mangsa melibatkan kekuatan 26 anggota termasuk tujuh daripada pasukan skuba, enam anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan sembilan anggota polis.
Susulan kejadian itu, beliau menasihatkan orang ramai agar berwaspada dengan keadaan ombak besar dan cuaca tidak menentu sekarang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#APMM
#lemas
#pelajar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan