awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua pelatih Puspen Raub ditemui lemas dalam tasik

Ifti Femida
Ifti Femida
19/05/2022
09:54 MYT
Dua pelatih Puspen Raub ditemui lemas dalam tasik
Mangsa pertama ditemui pada jam 4 petang manakala mangsa kedua ditemui empat minit kemudian. - Gambar/ JBPM
RAUB: Dua pelatih lelaki Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Jalan Gesing-Kampung Kundang Patah di sini, lemas ketika mandi di tasik dalam kawasan pusat berkenaan, pada Khamis.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 3.04 petang tadi.
"Seramai tujuh anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Raub telah digerakkan ke tempat kejadian bersama sebuah jentera dan ambulans EMRS. Selain itu, Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Bukit Angin turut digerakkan ke lokasi terbabit.
"Pasukan bomba telah menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa dengan menggunakan teknik 'surface searching' serta menggunakan peralatan 'grappling iron'," katanya dalam satu kenyataan media di sini, pada Khamis.
Menurutnya, mangsa pertama berusia 43 tahun ditemui pada jam 4 petang pada kedalaman 10 meter, manakala mangsa kedua berusia 37 tahun ditemukan empat minit kemudian pada kedalaman lapan meter.
"Mayat kedua-dua mangsa telah diserahkan kepada anggota polis untuk tindakan lanjut," katanya.
Topic Berkaitan
#Puspen Raub
#mandi tasik
#bomba
#pelatih lemas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan