Dua pemain bola sepak Liga Super, masing-masing mewakili pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Perak, digantung dua tahun daripada sebarang aktiviti berkaitan bola sepak ekoran positif ujian doping.
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam kenyataan hari ini berkata Muhammad Shafiq Jamal (PDRM) dan Muhammad Firdaus Saiyadi (Perak) digantung dari 9 Jun 2016 hingga 8 Jun 2018.
Keputusan itu dibuat oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM yang bermesyuarat pada Selasa lepas, berdasarkan ujian sampel air kencing kedua-dua pemain itu selepas perlawanan Liga Super di antara PDRM dan Perak di Stadium Hang Jebat, Melaka pada 4 Mei lepas.
"Pemain didapati positif ujian doping dan didapati bersalah kerana melanggar Artikel 6 Peraturan AFC Anti-Doping 2016 berkenaan Peraturan Anti-Doping," kata kenyataan itu.
Pada 13 Jun lepas, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Status Pemain FAM Abdul Aziz Yeop Jamaluddin mendedahkan dua pemain tempatan didapati positif ujian doping.
Beliau berkata dua pemain itu mewakili pasukan Liga Super Perak dan PDRM didapati mengambil bahan terlarang D-methamphetamine, sejenis dadah perangsang yang tersenarai dalam bahan larangan Agensi Anti-Doping Dunia (WADA).
Sebelum ini, pemain Kelantan Zamri Ramli gagal ujian doping pada final Piala FA 2013 menentang Johor Darul Tazim (Johor DT).
Bernama
Thu Jul 28 2016
Pemain terbabit didapati mengambil bahan terlarang D-methamphetamine, sejenis dadah perangsang yang tersenarai dalam bahan larangan Agensi Anti-Doping Dunia (WADA). - Gambar fail
EPL: Liverpool sahkan Arne Slot sebagai pengganti Jurgen Klopp
Slot mengendalikan kelab Belanda, Feyenoord Rotterdam sejak 2021, memenangi kejuaraan liga Eredivisie pada 2022/23 bersama Piala Belanda.
Thailand catat KDNK 1.5 peratus dalam suku pertama
KDNK dalam tempoh Januari-Mac perlahan disebabkan oleh penurunan dalam pelaburan awam, perbelanjaan kerajaan dan eksport barangan.
Helikopter terhempas: Iran minta tolong, Amerika terpaksa menolak
Pada dasarnya, Amerika tidak dapat menyediakan bantuan itu sebahagian besarnya atas sebab-sebab logistik, kata Jabatan Negara AS.
Wujudkan bank pokok tempatan, tangani isu pokok tumbang
Keistimewaan pokok tempatan terletak pada daya tahan, pengadaptasian terhadap cuaca, kualiti kepada flora fauna serta ekologi persekitaran.
Perdagangan EE Malaysia perlu langkah lebih padu, kuasai pasaran global - Matrade
Ketua pegawai eksekutif Matrade Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz berkata visi agensi itu adalah untuk menjadikan industri tersebut kalis masa depan dan mencapai pasaran global yang lebih luas.
Dua rumah musnah dalam kebakaran awal pagi di Langkap
Sembilan anggota dari BBP Teluk Intan dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 27 kilometer dari balai.
KTMB perhalusi garis panduan tren sewaan khas
KTMB akan tambah baik dan mempertingkatkan garis panduan perkhidmatan tren sewaan khas demi kepentingan orang awam dan syarikat itu.
Bank pelaburan positif terhadap prospek KDNK Malaysia
Ekonomi Malaysia berkembang pada kadar yang lebih tinggi sebanyak 4.2 peratus pada suku dalam tinjauan daripada 2.9 peratus pada suku keempat 2023.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Mei 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Masak mi segera di stesen minyak: Empat didakwa hari ini
- Polis siasat ancaman Jemaah Islamiyah dalam negara
- Sekitar Kapas Marang Swimathon 2024
#AWANInews #AWANIPagi
- Masak mi segera di stesen minyak: Empat didakwa hari ini
- Polis siasat ancaman Jemaah Islamiyah dalam negara
- Sekitar Kapas Marang Swimathon 2024
#AWANInews #AWANIPagi
Sivasangari pemain skuasy wanita ketiga negara tembusi 10 terbaik dunia
Sivasangari muncul pemain wanita ketiga negara yang menembusi senarai 10 pemain terbaik selepas Nicol David dan Low Wee Wern.
"Keadaan Faisal Halim bertambah baik, tunggu sidang media tengah hari ini" - Shahril
Timbalan Presiden FAS memaklumkan akan berkongsi perkembangan lanjut berkenaan keadaan Faisal tengah hari ini.
Liga Super: Tangan Kamal Azizi patah terkena bola sepakan pemain Kuching City
Kamal dikeluarkan seawal minit pertama perlawanan selepas bola sepakan pemain pertahanan Kuching City terkena tangan kanannya.
Lima pemain Vietnam ditangkap salah guna dadah
Kelab itu difahamkan bakal menamatkan kontrak pemain yang terlibat dalam ke penyalahgunaan dadah itu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 8 Mei 2024.
Polis tingkat kawalan keselamatan pemain TFC
Polis Terengganu meningkatkan kawalan keselamatan terhadap pemain Terengganu FC (TFC) susulan insiden serangan yang menimpa dua pemain bola sepak tempatan pada Khamis dan semalam.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
Gabungan golf dan bola sepak, footgolf sukan santai dan menyeronokkan
Footgolf menggabungkan dua sukan paling popular di dunia iaitu bola sepak dan golf, dengan kaki berfungsi sebagai kayu golf untuk menendang bola sepak saiz lima ke lubang yang ditetapkan.
Penggunaan VAR perlu masa untuk sempurna - Kuljanac
Miroslav Kuljanac berkata penggunaan VAR amat penting, namun memerlukan masa dari segi pengendalian untuk benar-benar sempurna.
Hari ini, VAR pertama kali digunakan di Malaysia
Teknologi itu digunakan dalam aksi Piala Menteri Wilayah Persekutuan melibatkan pasukan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan di Cheras.
FAM lancar Akademi Pengadil Profesional
Seramai 30 pengadil termasuk tiga pengadil wanita dipanggil untuk menyertai akademi berkenaan bagi fasa pertama bermula tahun 2023-2025.