TUARAN: Dua pemimpin UMNO bahagian Kinabatangan mengisytiharkan keluar parti dan mengumumkan akan menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat).
Mereka ialah Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Kinabatangan, Abu Bakar Gapar dan AJK Pemuda UMNO Kinabatangan, Fazli Kubin.
Menurut Abu Bakar tindakan itu dibuat tanpa paksaan dan menyokong penuh kepimpinan Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri Sabah.
"Sudah sampai masanya saya bersama-sama kepimpinan parti tempatan yang inginkan satu perubahan yang besar.
"Ini adalah dibuat atas dasar rela hati, tanpa paksaan dan saya menyatakan menyokong penuh kepada Datuk Seri Hajiji Noor, Ketua Menteri Sabah," katanya pada sidang media di Tuaran pada Sabtu.
Dalam perkembangan lain, Abu Bakar berkata, sokongan anak muda terhadap UMNO di negeri itu dilihat semakin merosot terutama di Parlimen Kinabatangan.
Situasi itu katanya, merupakan antara faktor lain yang mempengaruhi keputusan beliau meninggalkan UMNO.
"Saya melihat sangat senario politik sudah jauh berubah. Jadi sudah pasti ini akan memberikan impak kepada survival politik UMNO Barisan Nasional di negeri Sabah ini.
"Kita melihat sokongan anak muda sudah sekian hari kian merosot. Begitu juga kita melihat khususnya di Kinabatangan," tambah beliau.
Abdul Hafiz Mustadi
Sat Feb 25 2023
Abu Bakar (kiri) menyatakan keputusan itu dibuat atas kerelaan hati tanpa sebarang paksaan. - Astro AWANI
Ops Samba 2.0: Dua pegawai kastam didakwa 14 pertuduhan rasuah
Dua pembantu penguasa Jabatan Kastam dihadapkan berhadapan 14 pertuduhan menerima rasuah RM12,500 antara tahun 2017 dan 2023.
Kastam rampas tiga kontena bernilai lebih RM1.5 juta
Tiga kontena minuman keras bernilai lebih RM1.5 juta yang cuba diseludup masuk ke negara ini dirampas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dalam satu operasi Mei lalu.
Pemandu maut kenderaan dihempap lori simen
Seorang lelaki maut maut selepas kenderaan yang dinaikinya dihempap sebuah lori simen di Jalan Kampung Melayu, Roban di Kuching.
Polis Miri buru tiga lelaki bakar tiga kenderaan
Polis Miri kini giat memburu tiga lelaki bagi membantu siasatan kes khianat bakar tiga buah kenderaan di Niah, Miri pada 31 Mei lalu.
Dua juruterbang maut pesawat latihan tentera terhempas
Dua juruterbang terbunuh selepas sebuah pesawat latihan terhempas di tengah Turki, kata Kementerian Pertahanan Negara pada Selasa, lapor Agensi Anadolu (AA).
Lebih 15,000 kanak-kanak maut di Gaza
Kementerian Pendidikan berkata lebih daripada 15,000 kanak-kanak Palestin terbunuh sejak Israel mula menyerang Semenanjung Gaza.
Kurang sebulan, asrama Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu terbakar lagi
Pelajar lelaki Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu, di sini sekali lagi berdepan detik cemas apabila asrama dihuni mereka terbakar awal pagi tadi.
PKR Sungai Bakap: UMNO akan bantu calon PH - Ahmad Maslan
UMNO akan memberikan komitmen penuh untuk membantu calon Pakatan Harapan (PH) yang akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.
Lelaki hilang selepas keluar cari kerang di Mersing
Seorang lelaki dilaporkan hilang selepas keluar mencari kerang bersendirian di sekitar Pantai Tenglu Laut di sini, semalam.
KPDN sasar bentang usul atau pindaan berkaitan Lemon Law pada Mac 2025
KPDN menyasarkan untuk membentang usul atau meminda akta baharu berkaitan 'Lemon Law' seawal Mac tahun depan di Parlimen.
Jangan ada pihak berlagak suci, harap sokong RUU Antilompat Parti - Armizan
Armizan turut menafikan dakwaan bahawa Kerajaan Negeri sengaja melengahkan pembentangan RUU Antilompat Parti.
ADUN lompat parti tindakan tidak berpelembagaan - Warisan
Tindakan ADUN melompat selepas pindaan Perlembagaan Persekutuan kepada Akta Antilompat Parti dianggap tidak berpelembagaan.
Dua pemimpin UMNO Kinabatangan umum keluar parti, sokong Hajiji
Dua pemimpin UMNO bahagian Kinabatangan mengisytiharkan keluar parti dan mengumumkan akan menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat).
Lima ADUN Sabah keluar UMNO, umum sertai Gagasan Rakyat dipimpin Hajiji
Lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO bertindak keluar daripada parti dan mengumumkan menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat).
KDM umum beri sokongan penuh kepada Hajiji sebagai KM Sabah
Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) mengumumkan memberi sokongan penuh kepada kepimpinan Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri Sabah.
Beri tumpuan utama kepada perpaduan dan pembangunan rakyat - Hajiji
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menyeru semua pihak terus menjalankan tugas sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, terutamanya kepada rakyat.
Andi Suryady sokong Hajiji demi pembangunan Sabah dan rakyat
Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy memberi sokongan kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor demi pembangunan negeri dan membantu rakyat.
Status lima ADUN UMNO Sabah sokong Hajiji akan dinilai lembaga disiplin, MKT parti
Status lima ADUN UMNO Sabah yang menyokong Datuk Seri Hajiji akan dinilai lembaga disiplin parti.
Stephen Jimbangan sahkan sudah hantar surat letak jawatan sebagai Presiden Gagasan Rakyat
Stephen Jimbangan mengesahkan sudah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) bagi memberi laluan kepada kepimpinan baharu.
Hajiji bakal ketuai Parti Gagasan Rakyat Sabah
Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan bakal mengetuai sebuah parti yang dikenali sebagai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat).