BEAUFORT: Polis terpaksa bertindak melepaskan tembakan ke arah tayar sebuah kereta yang digunakan oleh dua pengedar dadah, selepas cubaan mereka untuk merempuh polis.
Dalam kejadian di Kampung Limbawang, Beaufort, kedua-dua lelaki berusia 31 dan 35 tahun itu kemudian berjaya ditahan selepas kereta dinaiki mereka terbabas di tepi jalan yang sedang dinaiki air banjir.
Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Yusoff Zaki berkata, kejadian itu berlaku semasa pemerhatian dijalankan di sebuah rumah tanpa nombor oleh pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort.
Menurutnya, hasil pemerhatian, sebuah kereta jenis Proton Saga yang dinaiki dua lelaki dalam keadaan mencurigakan masuk ke kawasan rumah berkenaan.
"Pasukan serbuan mendekati kereta itu dan mengarahkan pemandu (suspek) berhenti namun suspek bertindak agresif dan terus memandu laju ke arah pasukan serbuan sehingga hampir melanggar anggota polis.
"Polis kemudian melepaskan beberapa das tembakan ke arah tayar bagi tujuan keselamatan diri dan untuk menghalang kereta berkenaan. Namun, kereta itu terus memecut laju menghala ke Jalan Melulugus," katanya dalam kenyataan, pada Rabu.
Katanya, pasukan serbuan kemudian mengejar kereta berkenaan sehingga di Jalan Melulugus berhampiran sebuah kolej dan kereta berkenaan terbabas di tepi jalan yang sedang dinaiki air banjir.
Tambahnya, kedua-dua suspek bertindak untuk melarikan diri namun berjaya diberkas.
"Hasil pemeriksaan di dalam kereta dinaiki suspek menemukan satu paket plastik lutsinar sederhana besar mengandungi ketulan hablur jernih disyaki dadah syabu seberat 6.11 gram di atas tempat duduk sebelah pemandu.
"Kedua-dua tangkapan dan rampasan dibawa balik ke IPD Beaufort untuk tindakan lanjut dan suspek juga didapati positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamine," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, kes kini disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Eleanor Michelle Patrick
Wed May 11 2022

Dalam kejadian di Kampung Limbawang, Beaufort, kedua-dua lelaki berusia 31 dan 35 tahun itu kemudian berjaya ditahan selepas kereta dinaiki mereka terbabas di tepi jalan yang sedang dinaiki air banjir.

AWANI Ringkas: Cuba terjun jambatan, lelaki positif dadah

Tragedi Baling | Mayat ketiga ditemukan di bawah timbunan pokok
Mayat ketiga tragedi banjir dan kepala air yang disahkan hilang pada Isnin, ditemukan pasukan penyelamat sekitar jam 11.55 pagi tadi. Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Sayani Saidon, mangsa, Khairul Ikhwan Nor Azman, 14 tahun, ditemukan dibawah timbunan pokok yang terletak tidak jauh dari mayat ibu serta kakak iparnya yang yang sedang berpelukan.
![[TERKINI] PM sedih dan simpati dengan kejadian banjir di Baling [TERKINI] PM sedih dan simpati dengan kejadian banjir di Baling](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1976602/4194787241657005046625_640x360.jpg)
[TERKINI] PM sedih dan simpati dengan kejadian banjir di Baling
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melahirkan rasa sedih dan simpati dengan kejadian bencana banjir yang berlaku di Baling, Kedah sehingga mengakibatkan tiga nyawa terkorban setakat ini.

Ikmal Hisham nafi beri jam, payung untuk 'pancing' rakyat hadir majlis PN
Ikmal Hisham yang juga Timbalan Menteri Pertahanan turut mencabar mana-mana pihak agar mengemukakan bukti terhadap tuduhan yang dilemparkan.

Penyanyi lagu Widuri, Bob Tutupoly, meninggal dunia pada usia 82 tahun
Difahamkan, Bob sejak kebelakangan ini kerap berdepan masalah kesihatan dan sering berulang alik ke hospital untuk menjalani rawatan.

Ibadah Korban | Permintaan lembu ‘gemuk’ berkurangan, harga tinggi
Permintaan lembu ‘gemuk’ bagi ibadah korban di kawasan luar bandar tahun ini didakwa berkurangan kerana harga yang tinggi. Penternak di Kampung Lepan Jaya, Gua Musang, Kelantan, Mohd Saiful Basri Mat Yaakob berkata orang ramai tidak berani membeli lembu bersaiz besar kerana harganya boleh mencecah RM12,000 hingga RM20,000 seekor.
![[TERKINI] Tragedi | Perkembangan banjir di Baling [TERKINI] Tragedi | Perkembangan banjir di Baling](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1976599/thumbnails/4194786951657003269630_640x360.jpg)
[TERKINI] Tragedi | Perkembangan banjir di Baling
Perkembangan lanjut penemuan mayat ketiga kejadian kepala air di Kampung Iboi, Kupang, Baling bersama Wakil Astro AWANI Kedah, Abd Hadi Che Awang.

OPR | Dijangka meningkat ke paras 3.00-3.25% tahun ini
Kadar dasar semalaman (OPR) dijangka berada pada paras 3.00 hingga 3.25 peratus pada tahun ini. Unjuran itu dibuat Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Berhad, Dr Afzanizam Abd Rashid yang mengatakan peningkatan OPR dilihat penting dalam mengimbangi peningkatan inflasi yang ketika ini berada pada paras 2.8 peratus.

Kerjasama komuniti kekalkan operasi KIB AADK
Walau sehebat mana inisiatif dan dasar yang kerajaan gariskan untuk kesejahteraan rakyat, ia tidak akan memberi apa-apa makna sekiranya kurang kerjasama daripada komuniti.

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi persidangan ACWW
Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan merasmikan Persidangan ke-13 Persatuan Wanita Desa Sedunia bagi kawasan Asia Tenggara dan Timur Jauh di sini.

Dua pengedar dadah dicekup, kereta terbabas di kawasan banjir
Polis terpaksa bertindak melepaskan tembakan ke arah tayar sebuah kereta yang digunakan oleh dua pengedar dadah, selepas cubaan mereka untuk merempuh polis.