Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sarawak membuat tangkapan ke atas lima individu termasuk dua Penolong Pengarah Kanan Biro Tatanegara (BTN) kerana disyaki membuat tuntutan palsu melibatkan wang berjumlah kira-kira RM600,000, hari ini.
Pengarah SPRM Sarawak, Razim Mohd Noor ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan memberitahu, kelima-lima suspek ditangkap bagi membantu siasatan awal mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
"Pihak SPRM Sarawak kini dalam proses mendapatkan dokumen berhubung pembayaran yang dibuat itu."
Katanya, kesemua suspek iaitu tiga lelaki dan dua wanita yang berusia antara 34 hingga 55 tahun itu ditahan kira-kira pada jam 4.30 petang ini di Pejabat SPRM Sarawak ketika hadir untuk memberi keterangan.
Tiga daripada individu terbabit pernah berkhidmat di BTN Sarawak namun kini telah berpindah ke jabatan lain serta bersara.
Mereka dipercayai bersubahat dengan 43 buah syarikat di seluruh Sarawak dengan mengemukakan dokumen mengandungi butiran palsu bag membuat tuntutan pembayaran kerja.
Jumlah tuntutan bagi satu-satu kerja bernilai antara RM2,000 hingga RM6,000.
Kesemua pembayaran telah dibuat ke beberapa akaun pemilik syarikat pada 2016 dan mereka dipercayai mengambil keuntungan daripada setiap syarikat yang pilih oleh mereka.
Siasatan SPRM juga mendapati kira-kira 70 peratus perkhidmatan atau pembekalan dilakukan syarikat terbabit kepada pihak BTN tidak wujud atau tidak dilaksanakan dalam tempoh tersebut.
Difahamkan, kelima-lima suspek mempunyai kawalan ke atas akaun BTN menggunakan wang tersebut untuk tujuan peribadi.
Kesemua suspek dijangka direman di Mahkamah Majistret Kuching esok.
Rohana Wahed
Tue Jul 24 2018
Mereka dipercayai bersubahat dengan 43 buah syarikat di seluruh Sarawak dengan mengemukakan dokumen mengandungi butiran palsu bag membuat tuntutan pembayaran kerja. - Gambar hiasan
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Malaysia anjur Forum Zakat dan Wakaf Dunia 2025 di Sarawak
Forum itu dijangka menjadi platform penting untuk menangani cabaran serantau dan meningkatkan kerjasama antara kerajaan.
RWMF 2024: Kitaro, legenda yang tidak mahu berhenti belajar mencipta muzik
Dengan lebih 24 album terhasil sejak 1977, legenda berusia 71 tahun itu merasakan proses pembelajaran itu tidak pernah terhenti.
Sarawak rancang bangunkan lapangan terbang antarabangsa baharu di Kuching
Sarawak merancang untuk membangunkan lapangan terbang antarabangsa baharu di Kuching, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Kuching tersenarai 13 bandar teratas mampu dinikmati pesara - Laporan
Walaupun banyak destinasi persaraan bernilai baik di seluruh dunia, International Living Magazine menonjolkan Kuching antara 13 tempat yang luar biasa.
AirAsia tambah penerbangan laluan Jakarta-Kuching bermula 8 Februari
AirAsia akan mempertingkatkan kekerapan penerbangan laluan Jakarta-Kuching bermula 8 Februari.
PDRM tubuh pasukan khas siasat kematian pelajar berhampiran pusat hiburan
Sebuah pasukan siasatan khas ditubuhkan bagi menyiasat kes kematian pelajar wanita yang ditemukan berhampiran sebuah pusat hiburan di Kuching.
Kuching pilihan Yuna untuk konsert jelajah Asia
Penganjur yakin jelajah pada 27 Okt di Hikmah Exchange itu akan mendapat sambutan luar biasa susulan imej Yuna yang tidak asing lagi.
Ada baiknya kerajaan terkebelakang dalam dasar teknologi - Pakar Dasar Teknologi
"Kerajaan harus fahami bahawa persediaan dan mekanisme yang mereka ada tidak membolehkan mereka untuk bergerak sepantas keperluan pasaran."
WCIT 2023 beri tumpuan terhadap ekonomi hijau
WCIT 2023 dibuka hari ini hingga 6 Oktober, bersama Persidangan Ekonomi Digital Antarabangsa Sarawak (IDECS) ke-6 2023 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).
PM Anwar pengerusi Mesyuarat Kabinet di Kuching
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempengerusikan Mesyuarat Kabinet, di Wisma Bapa Malaysia, di Kuching.