awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua polis cedera dilibas parang

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
27/09/2022
07:02 MYT
Dua polis cedera dilibas parang
Pergelangan tangan Mohammad Ridzuan Marsudiyang cedera dilibas dengan parang. - Gambar IPD Shah Alam
SHAH ALAM: Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor dan anggota berpangkat Lans Koperal cedera di tangan selepas terkena parang yang dilibas seorang suspek dipercayai penagih dadah dalam kejadian di Kampung Sungai Kandis, Seksyen 36, di sini pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, dalam kejadian kira 3.45 petang, Insp Mohd Zulhusni Hasani, 30, dan Lans Koperal Mohammad Ridzuan Marsudi, 31, bersama lima lagi anggota sedang menjalankan tugas berhubung satu laporan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.
Menurutnya, berdasarkan laporan itu, suspek yang bersenjatakan parang itu dipercayai mengamuk dengan melanggar kereta Honda Accord milik abangnya serta menghempas pasu bunga pada kenderaan itu dan mengejar pesara guru berusia 53 tahun itu, yang tinggal berjiran dengan rumah suspek.
"Apabila polis tiba di rumah suspek, lelaki itu enggan memberikan kerjasama sebaliknya mengunci rumah tersebut.
"Bagaimanapun Zulhusni bersama pasukan polis berjaya memasuki rumah itu dan lantas suspek bertindak melibas parang ke arah Mohammad Ridzuan.
"Justeru, Mohammad Ridzuan terpaksa melepaskan satu das tembakan untuk mempertahankan diri," katanya dalam kenyataan di sini, pada Selasa.
Mohd Iqbal memberitahu, suspek kemudian bertindak di luar kawalan dengan menyerang Mohammad Ridzuan sehingga mengalami keceraan parah di pergelangan tangan kiri dan tiga daripada jarinya tidak bergerak.
Sementara itu katanya, Mohd Zulhusni turut mengalami kecederaan di pergelangan tangan kanan ketika cuba bergelut untuk menangkap suspek," tambahnya.
Jenayah | Pegawai dan anggota polis cedera dilibas parang
Beliau turut berkata, Mohammad Ridzuan yang dimasukan ke Hospital Shah Alam kini dipindahkan ke Hospital Selayang untuk dilakukan pembedahan sementara Mohd Zulhusni dibenarkan pulang.
"Pemeriksaan ke atas suspek mendapati, lelaki itu positif dadah dan mempunyai rekod lampau membabitkan Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah," ujarnya.
Lelaki itu katanya, ditahan reman tiga hari sehingga Khamis ini.
Topic Berkaitan
#polis cedera
#diserang suspek
#Polis Diraja Malaysia
#mengamuk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan