Skip to main content

Dunia

Korban Gaza meningkat kepada 74,040 orang, lapan terbunuh sepanjang 24 jam lalu

Kenyataan itu turut memaklumkan bahawa seramai 1,439 orang terbunuh manakala 5,052 lagi cedera sejak perjanjian gencatan senjata berkuat kuasa pada 11 Okt 2025. -Foto fail/AP
Kenyataan itu turut memaklumkan bahawa seramai 1,439 orang terbunuh manakala 5,052 lagi cedera sejak perjanjian gencatan senjata berkuat kuasa pada 11 Okt 2025. -Foto fail/AP

Advertisement

GAZA: Jumlah kematian akibat serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 74,040 orang sejak konflik itu tercetus pada Oktober 2023, menurut Kementerian Kesihatan Gaza.

Dalam kenyataan terbaharu, kementerian itu berkata sekurang-kurangnya lapan rakyat Palestin terbunuh manakala 26 lagi cedera dalam tempoh 24 jam lalu.

Menurut kementerian berkenaan, jumlah keseluruhan mangsa yang cedera kini mencecah 175,168 orang.

Kenyataan itu turut memaklumkan bahawa seramai 1,439 orang terbunuh manakala 5,052 lagi cedera sejak perjanjian gencatan senjata berkuat kuasa pada 11 Okt 2025.

Pihak berkuasa kesihatan berkata insiden serangan yang berterusan berlaku ketika Gaza terus berdepan krisis kemanusiaan yang berpanjangan.

Menurut kementerian itu, jumlah korban dijangka terus meningkat kerana masih terdapat mayat yang terperangkap di bawah runtuhan bangunan dan belum dapat dikeluarkan.

Pasukan penyelamat dan kru ambulans pula dilaporkan berdepan kesukaran menjalankan operasi menyelamat berikutan sekatan akses ke kawasan terjejas serta kekurangan bekalan perubatan di hospital.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

  • Q: Berapakah jumlah kematian akibat serangan Israel di Semenanjung Gaza sejak Oktober 2023? 
    A: Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, jumlah kematian meningkat kepada 74,040 orang sejak konflik tercetus pada Oktober 2023.
  • Q: Berapakah jumlah keseluruhan mangsa yang cedera akibat konflik di Gaza? 
    A: Jumlah keseluruhan mangsa yang cedera kini mencecah 175,168 orang.
  • Q: Apakah cabaran utama yang dihadapi pasukan penyelamat di Gaza? 
    A: Pasukan penyelamat menghadapi kesukaran menjalankan operasi kerana sekatan akses ke kawasan terjejas dan kekurangan bekalan perubatan di hospital.
  • Q: Berapakah jumlah kematian dan kecederaan sejak perjanjian gencatan senjata pada 11 Oktober 2025? 
    A: Sejak perjanjian gencatan senjata berkuat kuasa pada 11 Oktober 2025, seramai 1,439 orang terbunuh dan 5,052 lagi cedera.
  • Q: Mengapa jumlah korban dijangka terus meningkat di Gaza? 
    A: Jumlah korban dijangka terus meningkat kerana masih terdapat mayat yang terperangkap di bawah runtuhan bangunan dan belum dapat dikeluarkan.

Must Watch Video

Advertisement