awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
AS tekad laksana sekatan maksimum terhadap Maduro, Venezuela dakwa tindakan "tidak masuk akal"
Ganesh Kumar Bangah: ‘Bill Gates Malaysia’ pacu kebangkitan digital baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua politeknik di Sarawak terima bas dari kerajaan negeri

Munirah Mudzamli
Munirah Mudzamli
18/01/2021
05:13 MYT
Dua politeknik di Sarawak terima bas dari kerajaan negeri
Penyerahan bas tersebut disampaikan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg sekali gus menunaikan janji beliau kepada para pelajar IPT di Sarawak.
KUCHING:Dua buah bas diserahkan kepada pengurusan Politeknik Mukah dan Metro Betong sebagai usaha membantu para pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) tersebut melakukan tugasan luar kuliah.
Penyerahan bas tersebut disampaikan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg sekali gus menunaikan janji beliau kepada para pelajar IPT di Sarawak.
Sebelum ini pada sesi townhall 'Berambeh ngan Abang Jo' sempena Karnival Today For Tomorrow pada 6 Julai 2019 di Mukah dan 15 Disember 2019 di Betong, para pelajar politeknik berkenaan memohon sebuah bas untuk kegunaan mereka melakukan tugasan luar kuliah.
Selain itu, Abang Johari menyifatkan segala keperluan yang mendorong pertumbuhan dan sahsiah pelajar menerusi pendidikan akan menjadi keutamaan kerajaan negeri.
Katanya, segala aktiviti atau tugasan luar kuliah adalah berkisar kepada meningkatkan keupayaan para pelajar menjadi modal insan berjaya.
Abang Johari (dua dari kiri) menyerahkan bas kepada dua politeknik di Sarawak.
Abang Johari (dua dari kiri) menyerahkan bas kepada dua politeknik di Sarawak.
"Saya berharap dengan adanya bas ini, ia akan memudahkan pergerakan pelajar selain memperbanyakkan penganjuran aktiviti luar kerana (sebelum ini) kos sewaan pengangkutan biasanya memerlukan kos yang tinggi," katanya pada sidang media di Wisma Bapa Malaysia pada Isnin.
Tambah Abang Johari, pelbagai inisiatif sudah dilaksanakan kerajaan negeri bagi memudahkan urusan para pelajar dan ibu bapa di Sarawak.
Antara inisiatif yang dilaksanakan oleh Kerajaan Sarawak termasuklah perkhidmatan bas sekolah percuma, bas hidrogen, perkhidmatan pelajar IPTA pulang ke Sarawak secara percuma, perkhidmatan pendidikan awal kanak-kanak, dan skim bayaran PTPTN dan Yayasan Sarawak bernilai RM30 juta.
Topic Berkaitan
#bas
#Politeknik terima bas
#Politeknik Mukah
#Politeknik Betong
#Abang Johari Tun Openg
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan