awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua PPR dirancang di Johor tahun ini, babitkan pembangunan 1,000 unit rumah

Bernama
Bernama
24/06/2023
22:00 MYT
Dua PPR dirancang di Johor tahun ini, babitkan pembangunan 1,000 unit rumah
Akmal (tengah) melepaskan peserta larian dan berbasikal Lestari Fun Run & Ride di Dataran Bandaraya Johor Bahru, malam tadi. - Facebook Akmal Nasir
JOHOR BAHRU: Dua Projek Perumahan Rakyat (PPR) akan dibangunkan di daerah sini dan Kluang tahun ini, yang melibatkan pembinaan 1,000 unit rumah, kata Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
Beliau berkata perinciannya akan diumumkan setelah selesai urusan bersama dengan kerajaan negeri tidak lama lagi.
“Setakat ini kita menerima maklum balas dan perbincangan yang positif," kata Ahli Parlimen Johor Bahru itu kepada pemberita selepas merasmikan Acara JB Neon Recreational Night: Lestari Fun Run Ride di Dataran Bandaraya Johor Bahru di sini malam tadi.
Sementara itu semasa dirujuk mengenai peruntukan RM23.1 juta yang diumumkan oleh kerajaan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) di Johor bagi kerja membaik pulih dan menaik taraf infrastruktur awam, Akmal berkata beliau berharap projek itu dapat dilaksanakan dengan lancar dan disiapkan dalam tempoh ditetapkan.
Pada 15 Mei lepas, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming dilaporkan berkata kerajaan meluluskan peruntukan RM23.1 juta kepada 16 PBT di Johor antaranya bagi membaik pulih, menaik taraf kemudahan dan infrastruktur awam di Johor.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PPR
#pbt
#Akmal Nasir
#naik taraf infrastruktur awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan