PUTRAJAYA: Persatuan OKU Sentral dan Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS menjalin kerjasama bagi menubuhkan dua pusat dialisis khusus untuk Orang Kurang Upaya (OKU) di Putrajaya dan Kuala Lumpur pada tahun ini.
Kerjasama itu dimeterai melalui satu memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani oleh Presiden OKU Sentral Senator Datuk Ras Adiba Radzi dan Naib Canselor Kolej Universiti Antarabangsa Prof Dr Wan Mohd Azizi Wan Sulaiman di Putrajaya hari ini.
Ras Adiba berkata melalui MoU itu, pihaknya bertanggungjawab untuk mengenal pasti lokasi dan pembiayaan untuk pembukaan kedua-dua pusat dialisis itu.
"Saya berbesar hati dan bersyukur kerana dengan termeterainya MoU ini, ia akan memberi sedikit bantuan kepada sahabat OKU khususnya apabila pusat dialisis dibuka nanti.
"Sebagai permulaan, pusat dialisis ini akan ditubuhkan di Putrajaya dan Kuala Lumpur...mungkin kita akan buat di Wilayah Persekutuan Labuan juga nanti," katanya kepada Bernama selepas majlis menandatangani MoU itu di sini hari ini.
Sementara itu, Wan Mohd Azizi berkata, pihaknya akan memberi kerjasama dari segi kepakaran, perkhidmatan kesihatan dan perubatan bagi menguruskan pusat dialisis yang akan ditubuhkan itu.
"Kepakaran yang kami ada dapat membantu bangunkan pusat dialisis untuk OKU dan ia (pusat dialisis itu) membuka ruang dialisis untuk pusat pembangunan OKU setempat," katanya yang berterima kasih kepada Ras Adiba kerana menyokong insiatif penubuhan pusat dialisis itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 28 2022

Ras Adiba berkata melalui MoU itu, pihaknya bertanggungjawab untuk mengenal pasti lokasi dan pembiayaan untuk pembukaan kedua-dua pusat dialisis itu. - Bernama

Banjir Baling: Warga emas berpaut pada pokok elak dibawa arus deras
Sebaik melihat air naik dengan cepat memasuki rumah mereka, dia dan suami memanjat sebatang pokok rambutan berhampiran.

51 NGO desak kerajaan China hentikan penindasan terhadap etnik Uyghur
Setakat ini, dianggarkan 12 juta etnik Uyghur yang kebanyakannya Muslim tinggal di Wilayah Xinjiang.

PJD Link dapat kelulusan prinsip Jemaah Menteri, kelulusan dasar kerajaan Selangor - KKR
Cadangan projek berkenaan juga mendapat kelulusan dasar kerajaan Selangor pada 3 Sept 2020.

Banjir | Mayat wanita hamil dan ibu mentua ditemukan berpelukan
Mayat wanita hamil yang disahkan hilang susulan kejadian banjir dan kepala air di Kampung Iboi, Kupang, semalam, ditemukan dalam keadaan berpelukan dengan ibu mentuanya yang menghidap penyakit strok. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Sayani Saadon memaklumkan mayat Nurul Anis Abu Hassan, 23 tahun dan Salmah Mat Akib, 53 tahun, ditemukan kira-kira jam 9.30 pagi tadi.

APR-35 | Masyarakat antarabangsa perlu amal semangat ‘Keluarga Dunia’
Komuniti antarabangsa perlu melipatgandakan persediaan berdepan dengan ketidaktentuan serta bekerjasama ke arah masa hadapan yang lebih aman, progresif, inklusif dan makmur, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata ekonomi dan politik dunia kini berdepan dengan situasi pascapandemik yang kompleks, selain terdapatnya persaingan yang semakin sengit antara kuasa-kuasa besar dunia.

Jenayah | Suspek bunuh isteri, bayi direman 7 hari
Lelaki yang melarikan diri dalam keadaan bogel selepas membunuh dengan mengelar leher isteri dan bayi lelakinya di Kampung Bakar Batu, Johor Bahru, semalam, direman tujuh hari bermula hari ini. Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Johor Bahru, Nur Izzaty Muhammad Zahari, selepas permohonan dikemukakan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Lubnan rancang hantar pulang 15,000 pelarian sebulan ke Syria
Keengganan pelarian Syria pulang ke negara mereka selepas perang berakhir tidak boleh diterima.

Bersedia hadapi kesesakan lebuh raya di LPT2 untuk Aidiladha
Lebih 55,000 kenderaan dijangka menggunakan laluan LPT2 pada setiap hari puncak dalam tempoh berkenaan berbanding 18,000 kenderaan pada hari-hari biasa.

Banjir Baling: Mayat wanita hamil, ibu mertua ditemukan berpelukan
Mayat Nurul Anis Abu Hassan dan ibu mertuanya, Salmah Mat Akib, ditemui kira-kira pukul 9.30 pagi ini.

AWANI Ringkas: Mayat mangsa banjir di Kedah ditemukan

Dua pusat dialisis untuk OKU di Putrajaya dan Kuala Lumpur
Persatuan OKU Sentral dan Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS menjalin kerjasama.

COVID-19: KKM akui berlaku peningkatan kes di pusat dialisis
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengakui wujud pertambahan kes melibatkan beberapa pusat rawatan dialisis.

Air Selangor: Sistem agihan bekalan air tidak stabil, punca tangki air alami penyusutan mendadak
Air Selangor memaklumkan pemberhentian tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Rantau Panjang pada lewat malam Isnin adalah berpunca daripada sistem agihan bekalan air