awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua rakan baik hilang di laut pada Syawal ketiga

Astro Awani
Astro Awani
20/07/2015
04:00 MYT
Dua rakan baik hilang di laut pada Syawal ketiga
Pegawai pusat gerakan dan operasi bomba negeri Abdullah Zawawi Mohamed berkata operasi mencari dan menyelamat dilancarkan sejurus menerima laporan dari pihak polis. - Foto Astro AWANI
Keriangan dua sahabat yang keluar memancing berakhir dengan tragedi dikhuatiri hilang apabila bot gentian kaca yang dinaiki mereka karam di perairan Kuala Dungun, Terengganu.
Kejadian berlaku kira-kira jam 3.30 petang Ahad.
Bot mangsa dipercayai karam dipukul ombak ketika sedang memasuki muara Kuala Dungun.
Mangsa dikenali sebagai Mohd Sabrie Kamaruddin, 22 yang berasal dari Dungun manakala rakan sebayanya, Mohammad Syahril Asmadu Yusoff dari Kuala Lumpur.
Kedua mangsa dikatakan sempat berpaut pada tong plastik namun hilang selepas dihanyutkan arus deras.
Pegawai pusat gerakan dan operasi bomba negeri Abdullah Zawawi Mohamed berkata operasi mencari dan menyelamat dilancarkan sejurus menerima laporan dari pihak polis.
Menurut Abdullah Zawawi, operasi mencari turut membabitkan nelayan tempatan dlam usaha mengesan kedua-dua mangsa di sekitar kawasan perairan Dungun.
Jabatan bomba dan penyelamat juga memaklumkan kepada agensi penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) bagi membantu dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa.
Beliau berkata salah seorang mangsa sempat menelefon kakaknya dan memaklumkan mereka hanyut sehingga ke perairan marang pada kira-kira jam 5.30 petang
Operasi masih diteruskan jabatan bomba dan penyelamat dengan bantuan 15 anggota menggunakan tiga bot Balai Kuala Terengganu dan Marang menggunakan tiga bot aluminium di sekitar perairan berkenaan.
Topic Berkaitan
#bot gentian kaca
#Kuala Dungun
#lemas
#Mohammad Syahril Asmadu Yusoff
#Mohd Sabrie Kamaruddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan