KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini melepas dan membebaskan dua rakan daripada pertuduhan menipu dua lelaki berhubung pengedaran 180,000 kotak sarung tangan getah bernilai lebih RM1 juta, tiga tahun lepas.
Hakim Mohd Kafli Che Ali membebaskan Wan Ahmad Farhaan Wan Kia Salleh Nor, 32, dan Mohd Fami Sharin, 50, selepas mendapati pihak pendakwaan gagal menimbulkan kes prima facie terhadap kedua-dua tertuduh di akhir kes pendakwaan.
Mohd Kafli berkata mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kedua-dua tertuduh melakukan penipuan yang menyebabkan mangsa telah diperdayakan.
"Tiada unsur penipuan dapat dibuktikan oleh pendakwaan kerana saksi pendakwaan kedua (SP2) dan saksi pendakwaan ketiga (SP3) dalam keterangan mereka mengakui bahawa mereka secara suka rela menandatangani beberapa siri draf perjanjian bertulis antara syarikat Yummylooks dan Tuntas Abadi serta tiada keterangan menunjukkan kedua-dua tertuduh yang mendorong SP2 dan SP3 untuk menyerahkan wang (RM1,001,650) tersebut.
"Mahkamah mendapati kes ini lebih kepada kes kemungkiran kontrak, maka atas alasan tersebut kedua-dua tertuduh dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan dihadapi mereka tanpa dipanggil membela diri serta wang jamin RM30,000 setiap seorang dikembalikan semula kepada penjamin," kata hakim itu.
Wan Ahmad Farhaan dan Mohd Fami didakwa menipu Mohamad Faiz Yaacob dan Saleh Nabil Salah Mahmoud Abdalkader Alarabi, yang mewakili syarikat Yummylooks Sdn Bhd bahawa kedua-dua tertuduh akan mengedarkan 180,000 kotak produk itu sehingga mendorong mangsa memasukkan wang berjumlah RM1,001,650 ke akaun bank atas nama Syarikat Tuntas Abadi Sdn Bhd milik tertuduh pertama (Wan Ahmad Farhaan).
Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah premis di Jalan Damansara, Taman Tun Dr Ismail di sini pada 17 Mac 2021 mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun dengan sebatan serta boleh didenda, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noorhani Muhmmed Ayub manakala peguam Haresh Mahadevan dan Ramzani Idris mewakili kedua-dua tertuduh.
Lima saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan pada perbicaraan yang bermula pada 2022.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 06 2024
Hakim Mohd Kafli Che Ali membebaskan Wan Ahmad Farhaan Wan Kia Salleh Nor (kiri) dan Mohd Fami Sharin selepas mendapati pihak pendakwaan gagal menimbulkan kes prima facie terhadap kedua-dua tertuduh di akhir kes pendakwaan. - Foto Bernama
BMW Malaysia catat pertumbuhan jualan 8 peratus pada suku pertama, kenaikan 26 peratus jualan EV
BMW Group Malaysia menjual sebanyak 4,300 kenderaan pada suku pertama tahun ini, mewakili peningkatan lapan peratus berbanding tempoh yang sama pada 2023.
Pegawai Imigresen mengaku tidak bersalah terima rasuah
Seorang pegawai Jabatan Imigresen Malaysia mengaku tidak bersalah atas 10 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM7,600.
Saksi dakwa Ebit Lew hantar mesej lucah menjelang malam
Saksi kesembilan mendakwa mesej yang diterima daripada pendakwah terkenal, Ebit Lew berunsur lucah dan mengaibkan kehormatannya sebagai wanita.
Warga emas hidap masalah pendengaran boleh jejas rutin harian – Pakar
Kesan hilang sensitiviti deria pendengaran bagi seorang dewasa dan warga emas memberi kesan yang berbeza.
Tun Musa lancar buku Ku Li: Memoir 205, angkat perjalanan politik Tengku Razaleigh
Tun Musa Hitam melancarkan buku KU LI: Memoir 205 yang mengangkat kisah perjalanan politik lagenda politik, Tengku Razaleigh Hamzah pada Selasa.
Iran mulakan siasatan nahas helikopter Presiden Raisi
Iran memulakan siasatan berhubung nahas helikopter yang mengorbankan Presiden Ebrahim Raisi dan rombongannya dalam kejadian di barat laut negara itu.
AWANI Ringkas: Empat individu mengaku bersalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
TPM Fadillah bincang pengurusan air lestari dengan Bank Dunia, UNECE di Bali
Fadillah mengadakan perbincangan dua hala dengan Bank Dunia dan United Nations Economic Commission for Europe (UNECE).
Polis terima laporan kes gaduh libat anak bekas Exco Pulau Pinang
Polis mengesahkan menerima laporan mengenai pergaduhan melibatkan beberapa individu di sebuah kafe di Jalan Sultan Ahmad Shah di sini pada 13 Mei lalu.
Konsert Dato' M.N45ir Cipta bakal gegar Axiata Arena 10 Ogos
Maestro muzik tersohor, Datuk M Nasir akan tampil dengan Konsert Dato' M.N45ir Cipta yang dijadualkan berlangsung pada 10 Ogos depan.
Dua rakan bebas tuduhan tipu urus niaga sarung tangan getah bernilai lebih RM1 juta
Mahkamah melepas dan membebaskan dua rakan daripada pertuduhan menipu berhubung pengedaran 180,000 kotak sarung tangan getah bernilai lebih RM1 juta.