KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini melepas dan membebaskan dua rakan daripada pertuduhan menipu dua lelaki berhubung pengedaran 180,000 kotak sarung tangan getah bernilai lebih RM1 juta, tiga tahun lepas.
Hakim Mohd Kafli Che Ali membebaskan Wan Ahmad Farhaan Wan Kia Salleh Nor, 32, dan Mohd Fami Sharin, 50, selepas mendapati pihak pendakwaan gagal menimbulkan kes prima facie terhadap kedua-dua tertuduh di akhir kes pendakwaan.
Mohd Kafli berkata mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kedua-dua tertuduh melakukan penipuan yang menyebabkan mangsa telah diperdayakan.
"Tiada unsur penipuan dapat dibuktikan oleh pendakwaan kerana saksi pendakwaan kedua (SP2) dan saksi pendakwaan ketiga (SP3) dalam keterangan mereka mengakui bahawa mereka secara suka rela menandatangani beberapa siri draf perjanjian bertulis antara syarikat Yummylooks dan Tuntas Abadi serta tiada keterangan menunjukkan kedua-dua tertuduh yang mendorong SP2 dan SP3 untuk menyerahkan wang (RM1,001,650) tersebut.
"Mahkamah mendapati kes ini lebih kepada kes kemungkiran kontrak, maka atas alasan tersebut kedua-dua tertuduh dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan dihadapi mereka tanpa dipanggil membela diri serta wang jamin RM30,000 setiap seorang dikembalikan semula kepada penjamin," kata hakim itu.
Wan Ahmad Farhaan dan Mohd Fami didakwa menipu Mohamad Faiz Yaacob dan Saleh Nabil Salah Mahmoud Abdalkader Alarabi, yang mewakili syarikat Yummylooks Sdn Bhd bahawa kedua-dua tertuduh akan mengedarkan 180,000 kotak produk itu sehingga mendorong mangsa memasukkan wang berjumlah RM1,001,650 ke akaun bank atas nama Syarikat Tuntas Abadi Sdn Bhd milik tertuduh pertama (Wan Ahmad Farhaan).
Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah premis di Jalan Damansara, Taman Tun Dr Ismail di sini pada 17 Mac 2021 mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun dengan sebatan serta boleh didenda, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noorhani Muhmmed Ayub manakala peguam Haresh Mahadevan dan Ramzani Idris mewakili kedua-dua tertuduh.
Lima saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan pada perbicaraan yang bermula pada 2022.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 06 2024
Hakim Mohd Kafli Che Ali membebaskan Wan Ahmad Farhaan Wan Kia Salleh Nor (kiri) dan Mohd Fami Sharin selepas mendapati pihak pendakwaan gagal menimbulkan kes prima facie terhadap kedua-dua tertuduh di akhir kes pendakwaan. - Foto Bernama
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 19 Mei 2024.
Faridah pergi dalam keadaan baik, kami reda - Keluarga
Keluarga Sarjan Faridah Abd Rahman yang meninggal dunia di Lubnan semalam, reda sambil menyifatkan arwah pergi dalam keadaan yang sangat baik.
Dua gol Penang FC batal, akur seri 0-0 dengan Terengganu
Hasrat Penang FC untuk mengutip tiga mata penuh dalam perlawanan pertamanya di laman sendiri tidak kesampaian apabila sekadar seri 0-0 menentang Terengganu FC pada aksi Liga Super.
Regu Malaysia mudah tempah tiket ke suku akhir
Skuad negara melangkah ke peringkat suku akhir acara regu divisyen premier kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 apabila muncul juara Kumpulan B dengan menundukkan Brunei 2-0.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kastam Kelantan rampas daging babi bernilai lebih RM200,000
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan merampas sebanyak 11,396 kilogram daging babi sejuk beku dianggar bernilai RM227,920 dalam Operasi Palang Timur pada 5 Mei lepas.
Peraturan EU yang lebih ketat mengenai eksport sisa kepada bukan negara EU berkuat kuasa Isnin
Peraturan yang lebih ketat mengenai eksport sisa dari Kesatuan Eropah (EU) ke negara bukan EU akan berkuat kuasa pada Isnin, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Pentadbiran Israel kini kacau bilau
Tekanan demi tekanan daripada masyarakat dan kepimpinan dunia mula menunjukkan impak terhadap kedudukan pengurusan rejim Israel.
Inisiatif 1 Rumah 1 Jalur Gemilang semarakkan lagi semangat sambutan Bulan Kebangsaan
Kementerian Komunikasi akan mengetegahkan inisiatif 1 Rumah 1 Jalur Gemilang (1R1JG) bagi menyemarakkan semangat sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini.
[TERKINI] Helikopter dinaiki Presiden Iran dilapor terhempas
Helikopter yang membawa Presiden Iran, Ebrahim Raisi serta delegasi terpaksa melakukan pendaratan cemas pada Ahad. Puncanya pendaratan yang disorot media-media antarabangsa sebagai 'hard landing' itu bagaimanapun masih belum jelas. Pihak kecemasan telahpun digegaskan ke lokasi bagi memberikan pertolongan sewajarnya kepada kesemuanya yang terlibat.
Dua rakan bebas tuduhan tipu urus niaga sarung tangan getah bernilai lebih RM1 juta
Mahkamah melepas dan membebaskan dua rakan daripada pertuduhan menipu berhubung pengedaran 180,000 kotak sarung tangan getah bernilai lebih RM1 juta.