KOTA KINABALU: Seorang lelaki dan wanita yang dilaporkan terperangkap di sebuah bilik stor di bangunan terbengkalai di Likas pada Rabu dipercayai maut akibat terhidu gas karbon dioksida.
Kedua-dua mangsa masing-masing berusia 43 tahun itu terperangkap di bilik stor simpanan tong karbon dioksida itu juga dikatakan sedang mencari kabel dan besi di kawasan tersebut.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, kedua-dua mangsa itu merupakan rakan karib yang keluar mencari kabel dan besi untuk dijual.
Menurutnya, pihak polis menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira jam 9.30 pagi di mana kedua-dua mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri manakala pintu bilik tersebut tertutup.
"Menurut keterangan saksi, mangsa wanita tinggal serumah dengannya dan kedua-duanya adalah kenalannya.
"Menurut maklumat yang diterima juga kedua-dua mangsa merupakan kawan baik.
"Saksi memaklumkan, pada jam 2 pagi (Rabu), kedua-dua mangsa memberitahu bahawa mereka ke bangunan terbengkalai itu bagi mencari kabel dan besi untuk dijual," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Katanya lagi, saksi juga telah menjaga anak mangsa namun selepas setengah jam kemudian anaknya mula menangis menyebabkan dia terpaksa menghubungi mangsa.
"Bagaimanapun, telefon bimbit mereka gagal dihubungi dan saksi yang bimbang sesuatu yang tidak diingini berlaku bertindak ke bangunan tersebut bersama seorang rakan untuk mencari kedua-dua mangsa.
"Kedua-dua mangsa akhirnya ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam bilik penyimpanan tong gas yang terkunci lalu bertindak segera ke Pondok Polis Likas untuk mendapatkan bantuan," katanya.
Mohd Zaidi berkata, susulan kejadian itu, sepasukan bomba turut dipanggil untuk membuka pintu bilik tersebut.
"Mayat kedua-dua mangsa juga dihantar ke Hospital Queen Elizabeth I (HQEI) untuk tindakan selanjut.
"Hasil siasatan di lokasi, pasukan bomba dan hospital mengesahkan bahawa kedua-dua mangsa berkemungkinan meninggal dunia disebabkan terhidu gas karbon dioksida.
"Siasatan di tempat kejadian juga tidak berlaku sebarang tanda unsur perbuatan jenayah yang boleh dikaitkan dengan kematian kedua-dua mangsa dan kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut," katanya.
Sinar Harian pada Rabu melaporkan kedua-dua mangsa ditemui tidak sedarkan diri selepas terperangkap dalam bilik stor tersebut. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Jan 18 2024
Anggota bomba membuka pintu bilik stor lokasi kedua-dua mangsa terperangkap. - Gambar/ Sinar Harian
Timbunan sisa runtuhan Gaza atasi Ukraine
UNMAS menganggarkan sisa runtuhan di Gaza berjumlah 37 juta tan atau 300 kilogram untuk setiap meter persegi.
ICC minta henti ancaman ke atas kakitangannya
ICC meminta sebarang tindakan untuk menakut-nakutkan atau mempengaruhi pegawainya dihentikan segera.
Setiausaha Agung PBB desak gencatan senjata dikuatkuasa di Gaza
Kenyataan ini dibuat ketika pusingan baharu rundingan tidak langsung dijadual berlangsung di Kaherah, Mesir.
ICC minta henti ancaman ke atas kakitangannya
ICC mengeluarkan kenyataan meminta tindakan mengancam kakitangannya berkaitan perkembangan perang di Gaza dihentikan segera
Setiausaha Agung PBB desak gencatan senjata dikuatkuasakan di Gaza
Setiausaha Agung PBB, ulangi desakan supaya Israel dan Hamas mencapai perjanjian gencatan senjata di Gaza
164 PAWE aktif di seluruh negara - Nancy
Sebanyak 164 Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) yang aktif di seluruh negara setakat ini, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.
Khilaf dalam kalangan ulama adalah 'rahmat' jika dikawal dan dijaga
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan bahawa perbezaan pendapat atau khilaf dalam kalangan ulama boleh menjadi satu 'rahmat' dan membawa kebaikan sekiranya ia dikawal dan dijaga dengan baik
PM yakin kerajaan mampu laksana kenaikan gaji penjawat awam
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa peningkatan gaji penjawat awam mulai Disember tahun ini mampu dilaksana menerusi kawalan pengurusan kewangan kerajaan
Onn Hafiz harap ramai anak Johor di perantauan pulang sumbang bakti
Pelbagai usaha sedang giat dijalankan pihak kerajaan negeri bagi menarik minat anak jati Johor di perantauan itu.
Rakyat perlu kuasai AI untuk tentukan sendiri nilai moral, budaya dalam teknologi itu - PM
Jika AI tidak dikuasai, nilai dan moral dalam teknologi itu akan ditentukan oleh pihak-pihak yang menguasainya terutama dari barat.
Lebih 3 juta tan karbon dioksida dikurangkan tahun lepas - Nik Nazmi
Jumlah penyerapan karbon yang dicapai adalah sebanyak 45,195.22 tan karbon dioksida (CO2) bersamaan penanaman 76,889,807 juta batang pokok.
Dua rakan karib maut akibat terhidu gas karbon dioksida
Seorang lelaki dan wanita yang dilaporkan terperangkap di sebuah bilik stor di bangunan terbengkalai di Likas pada Rabu dipercayai maut akibat terhidu gas karbon dioksida.
Kapal kontena terbesar dunia mula beroperasi
Ia turut dilengkapi teknologi pengoptimuman hidrokinetik untuk mengurangkan pelepasan karbon dioksida (CO2).
Bekalan elektrik melalui tenaga boleh baharu kurangkan pelepasan GHG
Pengutamaan langkah-langkah berkenaan perlu sebagai menyokong Perjanjian Paris 2015.
Sesiapa hasilkan teknologi terbaik kawal karbon, Elon Musk tawarkan hadiah AS$100 juta
Usaha mengawal dan memerangkap pengeluaran karbon kini menjadi perancangan kritikal dalam agenda menangani perubahan iklim.
PLUS terima pengiktirafan Penilaian Karbon Rendah Bangunan
Susulan itu, PLUS menjadi syarikat konsesi lebuh raya pertama di negara yang menerima pengiktirafan itu, kata Pengarah Urusan PLUS Datuk Azman Ismail.
Syarikat kredit karbon pertama Malaysia akan imbangi pelepasan karbon dioksida
Matlamat keseluruhan program adalah untuk mengurangkan pelepasan hutan dan meningkatkan stok karbon dalam hutan, dan pada masa yang sama menyumbang kepada pembangunan lestari negara.