awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai IKBN Kuala Langat didakwa bersubahat buat tuntutan palsu RM76,980
KDN gesa elak perhimpunan sempena lawatan PM Modi
KPDN Pulau Pinang tumpaskan kegiatan seleweng minyak masak bersubsidi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PLUS terima pengiktirafan Penilaian Karbon Rendah Bangunan

Astro Awani
Astro Awani
22/08/2019
05:09 MYT
PLUS terima pengiktirafan Penilaian Karbon Rendah Bangunan
Bangunan Persada PLUS yang terletak di Petaling Jaya. - Foto PLUS
Ibu Pejabat PLUS Malaysia Berhad (PLUS), Persada PLUS, yang terletak di Petaling Jaya, menerima pengiktirafan One Diamond bagi Penilaian Karbon Rendah Bangunan.
Susulan itu, PLUS menjadi syarikat konsesi lebuh raya pertama di negara yang menerima pengiktirafan itu, kata Pengarah Urusan PLUS Datuk Azman Ismail.
Menurutnya, pengiktirafan Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia yang diberikan baru-baru ini tersebut merupakan susulan kejayaan mengurangkan pelepasan gas karbon dioksida dan penjimatan tenaga elektrik.
Katanya, tahun lepas, pengurangan sebanyak 6.75 peratus (286.78 tan metrik) gas karbon dioksida dan penjimatan tenaga elektrik sebanyak 413,228 kWh (kilowatthour) telah dilakukan menerusi pelbagai langkah.
“Ini termasuk pemasangan Variable Speed Drive (VSD) untuk sistem penyaman udara, mengurangkan penggunaan masa sistem penyaman udara, membangunkan teknologi solar fotovolta, melaksanakan de-lamping (mengurang/mengalih penggunaan lampu fluorescent di lokasi pencahayaan telah mencukupi dan lampu tidak diperlukan), memasang motion sensor lampu di tandas dan surau dan sebagainya.
"Pencapaian ini melakar satu lagi kejayaan bagi PLUS untuk memperluaskan Teknologi Hijau dalam usaha memulihara alam sekitar untuk komuniti dan kakitangan kami di bangunan Persada PLUS," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dari kiri, CEO PLUS Zakaria Ahmad Zabidi, Ketua Pengurusan Fasiliti PLUS Hot Hamzah dan Azman. - Foto PLUS
Dari kiri, CEO PLUS Zakaria Ahmad Zabidi, Ketua Pengurusan Fasiliti PLUS Hot Hamzah dan Azman. - Foto PLUS
Azman berkata, pihaknya memulakan inisiatif hijau berkenaan dengan pelancaran Stesen Pengecas Kenderaan Elektrik berasaskan tenaga solar yang pertama di Malaysia di Restoran Jejantas Ayer Keroh (arah selatan) pada Disember 2018.
“Penggunaan tenaga solar fotovolta bagi tujuan yang sama turut dimulakan di kawasan Rehat dan Rawat (RR) Machap (arah utara) bermula April tahun ini.
"Ia akan diperluaskan ke RR yang lain seperti Restoran Jejantas Sungai Buloh, Restoran Jejantas Ayer Keroh, RR Dengkil (arah utara dan selatan), RR Gurun (arah utara dan selatan), RR Gunung Semanggol (arah selatan), RR Tapah (arah utara dan selatan) dan RR Ayer Keroh (arah utara) dalam tempoh lima tahun yang akan datang,” tambah Azman.
Pemandangan udara ibu pejabat PLUS. - Foto PLUS
Pemandangan udara ibu pejabat PLUS. - Foto PLUS
Topic Berkaitan
#Azman Ismail
#Ibu pejabat
#karbon dioksida
#karbon rendah
#Kawasan Rehat dan Rawat
#One Diamond
#pelepasan gas
#Persada PLUS
#Petaling Jaya
#PLUS
#SEDA Malaysia
#teknologi hijau
#tenaga solar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan