awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perhimpunan Agung PBB lulus belanjawan program US$3.45 bilion bagi 2026
Malaysia, Indonesia disaran berkolaborasi perkukuh ekosistem teknologi serantau
MyCARE sasar sediakan 500 pek bantuan bayi untuk disalurkan ke Gaza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua remaja didakwa bunuh pelajar tahfiz Mohammad Aimin

Bernama
Bernama
15/11/2019
05:45 MYT
Dua remaja didakwa bunuh pelajar tahfiz Mohammad Aimin
Pada 8 Nov lepas, media melaporkan Mohammad Aimin disahkan meninggal dunia di Klinik Kesihatan Lanchang sekitar 1.30 tengah hari, selepas dibawa oleh warden wanita pusat tahfiz itu. - Foto Astro AWANI
Dua remaja masing-masing berusia 13 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas tuduhan membunuh Mohammad Aimin Nurul Amin, 7, yang ditemukan dalam keadaan lemah di sebuah pusat tahfiz di sini, Khamis lepas.
Pertuduhan terhadap kedua-dua tertuduh yang bertubuh kecil itu dibacakan di hadapan Majistret Ti Pei Si dalam prosiding yang dijalankan secara tertutup hari ini.
Kedua-dua mereka sekadar mengangguk faham akan pertuduhan yang menyatakan mereka membunuh Mohammad Aimin, antara 11.30 pagi hingga 1.30 tengah hari, 7 Nov lepas, di asrama Maahad Tahfiz Nahdah Syubban Addiniyah, Kampung Kuala Kaung di Lanchang, di sini.
Bagi kesalahan itu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Rifah Izzati Abdul Mutalif mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Kedua-dua tertuduh yang memakai baju-T merah dan berseluar sukan itu tidak diwakili peguam dalam prosiding yang turut dihadiri ibu bapa mereka.
Ti menetapkan 19 Dis depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan perubatan mangsa dan untuk tertuduh melantik peguam.
BACA: Kematian Mohammad Aimin: Cemburu dipercayai punca pergaduhan
BACA: 'Tengkuk, kaki Mohammad Aimin sejuk' - Warden asrama tahfiz
Pada 8 Nov lepas, media melaporkan Mohammad Aimin disahkan meninggal dunia di Klinik Kesihatan Lanchang sekitar 1.30 tengah hari, selepas dibawa oleh warden wanita pusat tahfiz itu yang menemui mangsa di asrama tersebut.
Bedah siasat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di sini, mengesahkan kematian Mohammad Aimin disebabkan trauma akibat permukaan atau objek tumpul pada dada dan abdomen mangsa.
Mangsa difahamkan baru dihantar ke pusat tahfiz itu sekitar pertengahan Oktober lepas, bersama-sama abang tirinya berusia 13 tahun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bunuh
#Mahkamah Majistret
#meninggal dunia
#Mohammad Aimin Nurul Ami
#remaja bunuh tahfiz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan