Polis menahan dua remaja lelaki dipercayai geng curi tabung masjid yang aktif di sekitar daerah Seberang Perai Tengah (SPT) dalam serbuan di Bukit Mertajam di sini semalam.
Ketua Polis Daerah SPT ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata hasil risikan dan intipan, sepasukan polis berjaya mengesan dua remaja lelaki berusia 18 dan 19 tahun itu sebelum menahan mereka kira-kira pukul 5.30 petang semalam.
"Pada 31 Jan lepas, kami menerima satu laporan polis daripada jawatankuasa Masjid Haji Saad di Jalan Tanah Liat, di sini berhubung kehilangan satu tabung yang diletakkan dalam kawasan masjid berkenaan.
"Berdasarkan pemerhatian rakaman kamera litar tertutup yang terdapat dalam masjid itu, polis berjaya mengesan kelibat dua lelaki yang melakukan kegiatan berkenaan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Katanya hasil siasatan, polis menahan kedua-dua remaja itu yang sedang menaiki sebuah motosikal dan semakan awal mendapati kenderaan yang menggunakan nombor pendaftaran palsu berkenaan dipercayai dicuri.
Nik Ros Azhan berkata mereka juga mengaku terlibat dalam kes curi tabung di Masjid Haji Saad berkenaan dan mengambil wang sebanyak RM26 yang terdapat di dalam tabung tersebut.
"Tabung aluminium yang dicuri itu telah dibuang di kawasan sawah di Jalan Permatang Nibong dan kami juga telah menemui semula tabung berkenaan," katanya.
Menurut Nik Ros Azhan, siasatan awal polis tidak menolak kemungkinan dua remaja yang tidak bekerja itu terlibat dalam beberapa lagi kes curi tabung masjid serta surau di daerah SPT dan siasatan lanjut masih dijalankan.
Beliau berkata selain terlibat kes curi tabung, mereka juga dipercayai aktif menjalankan kegiatan samun dan curi motosikal di sekitar negeri ini.
"Seorang daripada mereka positif dadah dan kedua-dua mereka kini direman bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 04 2017
Polis menahan dua remaja lelaki dipercayai geng curi tabung masjid yang aktif di sekitar daerah Seberang Perai Tengah (SPT). - Gambar hiasan
AWANI Borneo [14/05/2024] - Hilang kawalan | SUKMA 2024 | Komitmen naik taraf
#AWANIBorneo Selasa, 14 Mei 2024 bersama Nickyson Nyambar;
1. Terbabas ke bahu jalan, pemandu lori simen maut
2. SUKMA 2024: Lebih RM200 juta naik taraf fasiliti sukan di Sarawak
3. Potensi Labuan jadi pusat pelancongan utama negara
1. Terbabas ke bahu jalan, pemandu lori simen maut
2. SUKMA 2024: Lebih RM200 juta naik taraf fasiliti sukan di Sarawak
3. Potensi Labuan jadi pusat pelancongan utama negara
FAM perlukan lagi sokongan kerajaan - Hamidin
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin berkata badan induk itu memerlukan lagi sokongan daripada kerajaan terutama dalam memajukan bola sepak negara.
Lebih RM200 juta naik taraf fasiliti sukan menjelang SUKMA 2024
Lebih RM200 juta telah digunakan untuk menaik taraf fasiliti sukan di Sarawak, kata Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah menjelang penganjuran temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-21 Sarawak 2024.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Warisan belum buat keputusan jalin kerjasama, kukuhkan parti
Warisan masih belum membuat sebarang keputusan untuk menjalin kerjasama dengan mana-mana parti nasional dalam persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
17,500 hektar kawasan baharu sawah padi diperlukan
Sarawak perlukan sejumlah 17,500 hektar kawasan baharu dilengkapi infrastruktur penghasilan padi bagi mengeluarkan 392 ribu tan metrik padu untuk mencapai 100 peratus Tahap Sara Diri (SSL) negeri itu.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Pasaran hartanah Malaysia dalam usaha pemulihan - Kor Ming
Pasaran hartanah Malaysia dalam usaha menuju pemulihan yang dibuktikan dengan peningkatan jumlah dan nilai urus niaga hartanah pada tahun lepas serta pertumbuhan ekonomi yang stabil.
Terbabas ke bahu jalan, pemandu lori simen maut
Seorang lelaki maut selepas lori simen dipandunya hilang kawalan dan terbalik di bahu jalan di kawasan Loji Cinta Mata, di Jalan Table, Tawau pada Selasa.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Kementerian Perpaduan Negara peruntuk RM20 juta perkasa Rukun Tetangga
Kementerian Perpaduan Negara memperuntukkan RM20 juta bagi memperkasakan Rukun Tetangga (RT) menerusi Inisiatif Pemerkasaan RT Sebagai Penggerak Komuniti Progresif yang dilancarkan hari ini.
Haram, berdosa tunai haji tanpa visa haji
Islam menetapkan kepentingan untuk taat kepada Allah, Rasul dan pemimpin atau peraturan dalam melakukan sesuatu perkara.
Mahkamah Tinggi batal saman Halim Saad terhadap Tun Mahathir, kerajaan
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Dr Mahathir dan dua lagi untuk membatalkan saman taikun Tan Sri Halim Saad.
Dua remaja geng curi tabung masjid ditahan
Polis menahan dua remaja lelaki dipercayai geng curi tabung masjid yang aktif di sekitar daerah Seberang Perai Tengah (SPT) dalam serbuan di Bukit Mertajam di sini semalam.