WASHINGTON: Dua remaja perempuan berusia 13 dan 15 tahun didakwa atas pertuduhan membunuh secara kejam seorang penghantar makanan warga Pakistan dalam cubaan menyamun menggunakan pistol pegun, di Washington, minggu lalu.
Aksi dua remaja itu turut dirakam orang ramai sebelum video itu menjadi tular di media sosial.
Dalam video berdurasi 1 minit 30 saat itu, mangsa, Mohammad Anwar, 66, dilihat cuba menghentikan kenderaannya daripada dilarikan dua remaja itu, namun kereta itu meluncur laju tahkala mangsa masih lagi berpaut pada kenderaan tersebut.
Kereta Honda Accord yang dipandu salah seorang suspek dilihat hilang kawalan merempuh bahu jalan yang menyebabkan kenderaan itu terbalik dan mangsa tercampak keluar ke kaki lima.
Sejurus itu, juga kelihatan salah seorang suspek memanjat keluar daripada kenderaan yang terbalik itu sebelum diberkas.
Sehingga petang Ahad, video yang dikongsi di Twitter ditonton lebih 5.5 juta kali.
Berdasarkan maklumat awal, kedua-dua suspek itu berasal dari Columbia dan Fort Washington, Maryland.
Mangsa yang tinggal di bandar Springfield, Virginia dikatakan sedang menghantar makanan menerusi perkhidmatan Uber Eats ketika kejadian.
Anwar adalah antara ribuan warga Pakistan yang berhijrah ke Amerika Syarikat untuk masa depan yang lebih cerah.
Kematian Anwar turut mendapat perhatian orang ramai yang menjalankan kempen GoFundMe, untuk mengumpul sumbangan kepada keluarga mangsa.
Setakat Ahad, lebih AS$500,000 (RM2.1 juta) berjaya dikumpul sebagai kos pengebumian serta kepada keluarganya.
Seorang wakil Uber menyifatkan mangsa sebagai seorang suami, bapa, datuk dan sahabat yang baik.
"Insiden ini betul-betul tragis dan saya bersimpati dengan keluarga Anwar untuk tabah mengharungi detik yang sukar ini," kata wakil itu yang tiadk mendedahkan namanya.
Astro Awani
Sun Mar 28 2021
Aksi dua remaja itu turut dirakam orang ramai sebelum video itu menjadi tular di media sosial. - Foto news.com.au
[TERKINI] Bersatu hantar surat kepada 6 MP, 2 ADUN dalam masa terdekat
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan menghantar surat kepada enam Ahli Parlimen dan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berhubung status keahlian mereka yang sudah terhenti dalam masa sehari dua lagi.
Calon Kerajaan Perpaduan diumum pada Rabu
Calon yang akan mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap akan diumumkan pada 9 malam Rabu.
Malaysia banding, teliti kekuatan negara pesaing dan ubah
Sistem pendidikan perlu sentiasa segera diintegrasikan dengan keperluan dan kesesuaian zaman. Demikian kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan ucapan pada malam Anugerah Kecemerlangan Industri (AKI) 2024 pada Selasa yang mana ia dapat menjamin Malaysia terus kompetitif di peringkat global khusus sekali dalam sektor industri dan perdagangan. Ujarnya, Malaysia perlu mengenal pasti kekuatan negara pesaing demi memastikan perubahan sewajarnya dilaksanakan.
Lebih 11 juta liter diesel dirampas setakat 10 Jun - KPDN
Rampasan tersebut dibuat menerusi Ops Tiris 3.0 dengan kerjasama agensi strategik termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM); Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).
Lapan ditahan terbabit sindiket jual tanah milik FELDA
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan lapan individu yang disyaki bersekongkol dengan menerima rasuah hampir RM2 juta daripada sindiket penjualan tanah milik Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) di Melaka.
KPDN siasat alasan pihak industri naikkan harga
Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata kementerian akan membuat siasatan segera melibatkan kenyataan-kenyatan yang tular di media sosial mengikut Peraturan-peraturan Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011.
Anak Presiden AS, Hunter Biden didapati bersalah
Hunter Biden dituduh membuat dua kenyataan palsu semasa mengisi borang untuk membeli pistol Colt pada Oktober 2018.
Penyertaan syarikat dalam AKI 2024 meningkat 100 peratus - Tengku Zafrul
Penyertaan sebanyak 153 syarikat dalam Anugerah Kecemerlangan Industri (AKI) 2024 menyaksikan penyertaan yang meningkat hampir 100 peratus tahun ini.
Polis akan panggil pengusaha katering, penganjur
Polis akan memanggil pihak berkaitan termasuk pengusaha katering dan penganjur program di sebuah sekolah agama di Gombak berhubung dua kes kematian akibat keracunan makanan, dalam masa terdekat.
Ratusan haiwan mati dalam kebakaran di Pasar Chatuchak, Bangkok
Haiwan seperti ular, monyet, anjing, kucing, burung dan spesies eksotik lain turut mati dalam kejadian itu.
Dua remaja perempuan dituduh bunuh penghantar makanan warga Pakistan
Dua remaja perempuan berusia 13 dan 15 tahun didakwa atas pertuduhan membunuh secara kejam seorang penghantar makanan warga Pakistan dalam cubaan menyamun menggunakan pistol pegun, di Washington.