awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anak Presiden AS, Hunter Biden didapati bersalah

Agensi
Agensi
11/06/2024
16:08 MYT
Anak Presiden AS, Hunter Biden didapati bersalah
Hunter Biden dituduh membuat dua kenyataan palsu semasa mengisi borang untuk membeli pistol Colt pada Oktober 2018. - Reuters
Hunter Biden didapati bersalah atas tiga pertuduhan berkaitan pemilikan senjata api haram dan di bawah pengaruh dadah.
Keputusan juri, dicapai selepas kira-kira tiga jam berbincang, mengikuti perbicaraan selama seminggu di kampung halaman keluarga Biden di Wilmington, Delaware,
Anak kepada Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden itu dituduh membuat dua kenyataan palsu semasa mengisi borang untuk membeli pistol Colt pada Oktober 2018 yang mana pertama dengan menyatakan secara tidak benar mengenai menggunakan dadah, dan kemudian dengan mengisytiharkan kenyataan itu sebagai benar.
Pertuduhan ketiga mendakwa dia kemudiannya secara haram memiliki senjata itu selama 11 hari, ahli keluarganya membuang ke dalam tong sampah selepas panik.
Keputusan ini juga menjadikan Hunter anak pertama Presiden AS yang disabitkan dengan jenayah.
Kongres Demokrat menunjukkan kes pendakwaan Hunter sebagai bukti bahawa Biden tidak menggunakan pengaruh politik dan peribadi dalam sistem keadilan negara itu.
Pada 30 Mei lalu, Donald Trump menjadi bekas Presiden Amerika Syarikat pertama disabitkan bersalah.
Trump, disabitkan atas 34 pertuduhan jenayah memalsukan rekod perniagaan untuk menutup skandal seks, menuduh Demokrat meneruskan kes itu dan tiga pendakwaan jenayah lain untuk menghalangnya daripada mendapatkan semula kuasa dalam pertembungan pilihan raya dengan Biden.
Topic Berkaitan
#Hunter Biden
#senjata api haram
#Pertuduhan
#anak Presiden AS
#Joe Biden
#mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan