awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ratusan haiwan mati dalam kebakaran di Pasar Chatuchak, Bangkok

Bernama
Bernama
11/06/2024
16:04 MYT
Ratusan haiwan mati dalam kebakaran di Pasar Chatuchak, Bangkok
Haiwan seperti ular, monyet, anjing, kucing, burung dan spesies eksotik lain turut mati dalam kejadian itu. - Reuters
BANGKOK: Beratus-ratus haiwan mati dalam kebakaran yang melanda pasar Chatuchak di Bangkok awal pagi Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik media tempatan.
Haiwan seperti ular, monyet, anjing, kucing, burung dan spesies eksotik lain turut mati dalam kejadian itu.
Kawasan Chatuchak, pasar yang menjual pelbagai jenis haiwan itu turut dikenali sebagai pasar Sri Somrat, menempatkan 118 gerai dan meliputi kawasan seluas 1,400 meter persegi.
Siasatan bagi mengenal pasti punca kebakaran masih diteruskan pada Selasa.
Kebakaran berlaku sejurus selepas 4 pagi waktu tempatan dan api berjaya dikawal selepas kira-kira 30 minit, lapor Bangkok Post.
Pasar Chatuchak merupakan antara pasar hujung minggu terbesar di Thailand yang menarik kunjungan kira-kira 200,000 orang setiap Sabtu dan Ahad.
Pasar terbuka itu menawarkan pelbagai jenis makanan, pakaian, seni dan perkakas rumah merangkumi sekitar 15,000 gerai.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pasar chatuchak
#Bangkok
#kebakaran
#haiwan mati
#kawasan pelancongan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan