awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua sahabat ditahan selepas baru ambil dadah untuk dijual

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
16/05/2020
08:20 MYT
Dua sahabat ditahan selepas baru ambil dadah untuk dijual
Dua sahabat ditahan oleh anggota polis yang bertugas ketika cuba melintasi sekatan jalan di Plaza Tol Lunas, Kulim pada Sabtu. - Gambar Astro AWANI
Dua sahabat yang juga tokan dadah ditahan bersama sejumlah barangan larangan itu ketika cuba melintasi sekatan jalan di Plaza Tol Lunas, dekat sini pada Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Yusuf Shaari, dalam kejadian pukul 12 tengah hari itu, suspek yang menaiki kereta jenis Perodua Kelisa berhenti di sekatan jalan tersebut.
Katanya, polis yang curiga dengan tingkah laku suspek kemudiannya telah membuat pemeriksaan terhadap kenderaan mereka.
Pemeriksaan lanjut anggotanya menemui satu beg hitam di bahagian belakang atas kerusi penumpang.
Kata Mohd Yusof, sebaik beg berkenaan dibuka, polis menemui 10 paket plastik lutsinar berisi dadah jenis Syabu dengan anggaran berat 29 gram.
Kedua-dua suspek berusia 25 dan 37 tahun mengaku memperolehi bekalan dadah sebanyak 50 gram dari seorang pembekal dari Butterworth dengan harga RM2,000 sebelum diedarkan.
Suspek juga mengaku telah menjual separuh daripada dadah terbabit di Butterworth.
Suspek kemudiannya di bawa ke Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kulim untuk siasatan lanjut.
Katanya, hasil saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis Methamphetamine.
Kes disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Bahaya 1952.
Topic Berkaitan
#10 paket plastik lutsinar
#Dadah
#ditahan polis
#dua sahabat
#Kedah
#Kulim
#methamphetamine
#Plaza Tol Lunas
#saringan air kencing
#Syabu
#tokan dadah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan