awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TO CHECK] Cadangan isu rumah Ibadat harus melalui saluran tepat tanpa ganggu ketenteraman awam - Polis KL
Ibu bapa perlu ambil peranan kawal penggunaan internet anak-anak - Fahmi
Polis tahan lelaki didakwa kejar gadis dengan pisau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua sahabat karib maut, kereta bertembung lori minyak

Bernama
Bernama
23/07/2013
11:10 MYT
Dua sahabat karib maut, kereta bertembung lori minyak
Dua sahabat karib yang merupakan kakitangan Universiti Kolej Bestari (UKB) Setiu maut apabila kereta mereka bertembung dengan sebuah lori tangki minyak di kilometer 92 Jalan Kuala Terengganu Jerteh hari ini.
Kedua-dua mangsa yang berasal dari Kelantan itu dikenali sebagai Wan Noor Fadhliaton Wan Mohd Fauzan, 33, yang juga merupakan pemandu kereta jenis Kenari yang berasal dari Tumpat manakala rakannya Nor Azura Husain, 36, dari Jalan Bayam Guchil, Kota Bharu.
Nor Azura ialah seorang pensyarah bidang kejururawatan manakala Wan Noor Fadhliaton pula merupakan Ketua Pustakawan di universiti yang sama.
Ketika mengesahkan kejadian itu Ketua Polis Daerah Besut Supt Kamaruddin Mohd Zakaria berkata Wan Noor Fadhliaton meninggal dunia di lokasi kemalangan manakala Nor Azura pula meninggal dunia sebaik sahaja tiba untuk dirawat di Hospital Daerah Besut.
Kejadian itu berlaku pada 7.45 pagi semasa mereka sedang dalam perjalanan dari Kota Baharu ke tempat kerja di Pak Kacil, Setiu apabila bertembung dengan sebuah lori tangki yang datang dari arah bertentangan, katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Menurutnya Wan Noor Fadhliaton yang memandu kereta tidak dapat mengelak lori tangki itu yang dipercayai terbabas lalu bertembung sehingga menyebabkan beliau dan rakannya Nor Azura tersepit di dalam keretanya yang remuk.
Enam anggota Bomba dan Penyelamat dari Jerteh mengambil masa 15 mint memotong bahagian pintu kereta yang remuk bagi mengeluarkan kedua-dua mangsa.
Bagaimanapun, katanya, pemandu lori tangki minyak yang belum dikenali pasti itu tidak mengalami sebarang kecederaan.
Seorang daripada rakan kedua-dua mangsa, Wan Faezah Wan Abd Ghani, 26, yang ditemui di tempat kejadian berkata Wan Noor Fadhliaton dan Nor Azura merupakan sahabat karib yang sering berkongsi kereta untuk ke tempat kerja dari Kelantan sejak lebih 8 tahun lalu.
Biasanya mereka berdua akan sampai di tempat kerja sebelum 8 pagi dan sering melalui Jalan Kota Baharu ke Setiu tanpa sebarang masalah, katanya.
Topic Berkaitan
#Besut
#kemalangan
#kematian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan