awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua sahabat maut dalam nahas di Bukit Beruntung

Bernama
Bernama
23/10/2016
05:30 MYT
Dua sahabat maut dalam nahas di Bukit Beruntung
Kedua-dua mayat dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat manakala mangsa yang cedera juga dihantar ke hospital sama bagi menerima rawatan. - Gambar fail
Dua remaja lelaki maut manakala rakan mereka cedera apabila motosikal yang dinaiki mereka bertiga bertembung sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat dekat Taman Adenium, Bukit Beruntung, Hulu Selangor, awal pagi ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4.50 pagi itu, J. Jeganraj dan K. Sasi Dharan, masing-masing berusia 16 tahun, maut di tempat kejadian manakala mangsa ketiga yang cedera parah hanya dikenali sebagai Arun, 18.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt R. Supramaniam berkata motosikal ditunggang Jeganraj bersama dua lagi rakannya bertembung kereta jenis Toyota Vios yang dipandu lelaki berusia 26 tahun.
"Akibat pertembungan itu, ketiga-tiga mangsa terpelanting ke kiri jalan. Pemandu kereta hanya mengalami cedera ringan," katanya ketika dihubungi Bernama.
Supramaniam berkata kedua-dua mayat dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat manakala mangsa yang cedera juga dihantar ke hospital sama bagi menerima rawatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu kenderaan dengan cara berbahaya sehingga menyebabkan kematian, katanya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#j.jeganraj
#k.sasi dharan
#kemalangan
#maut
#motosikal
#r.supramaniam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan