awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua sahabat maut dirempuh kereta

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
16/06/2022
22:15 MYT
Dua sahabat maut dirempuh kereta
Keadaan kereta yang merempuh dua lelaki ketika sedang berbual di sebelah sebuah kedai kotak. - Astro AWANI
DUNGUN: Dua sahabat maut selepas dirempuh sebuah kereta ketika berbual di tepi jalan bersebelahan sebuah kedai kotak.
Nahas berlaku di Kilometer 18 Jalan Paka-Bandar Al Mukhtafi Billah Shah (AMBS) berhampiran Bandar Ketengah Jaya, di sini, kira-kira jam 5.15 petang, Khamis.
Kamariduan Mohamed, 41, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan badan.
Manakala rakannya Mohd Rosdi Yaakob, 48, meninggal dunia kira-kira jam 7 petang ketika menerima rawatan kecemasan di Klinik Kesihatan Bandar Tetengah Jaya.
Ketua Polis Daerah Dungun, Supt. Baharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.
Menurut Baharudin, kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan badan selepas terhumban kira-kira lima meter manakala pemandu kereta terbabit hanya cedera ringan.
Jelasnya, Kamariduan bekerja sebagai peniaga sayur manakala Mohd Rosdi adalah pekerja sebuah syarikat pembekalan barangan pertukangan di Bandar Ketengah Jaya.
Ketika kejadian, mangsa dikatakan sedang berbual di sebelah sebuah kedai kotak di tepi jalan sebelum dirempuh sebuah kereta jenis Proton Saga FLX yang terbabas ke kaki lima jalan.
Kenderaan itu dipandu lelaki berusia 25 tahun yang datang dari arah Bandar Al Mukhtafi Billah Shah menghala ke Bandar Paka.
Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk bedah siasat.
Kes akan disiasat mengikut Seksyen 41 ( 1 ) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Topic Berkaitan
#maut dirempuh kereta
#Nahas
#cedera parah
#kedai kotak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan