awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua sahabat maut kereta bertembung lori

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
14/03/2023
09:17 MYT
Dua sahabat maut kereta bertembung lori
Keadaan kenderaan mangsa yang remuk teruk selepas bertembung dengan sebuah lori di Jalan Kulim-Mahang berhampiran Puspen di Karangan, Kulim hari ini.- Foto PDRM
KULIM: Dua sahabat maut selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori di Jalan Kulim-Mahang berhampiran Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) di Karangan di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Redzuan Salleh berkata, dalam kejadian jam 8.40 pagi itu, mengakibatkan pemandu kereta Proton Wira, Muhammad Syahmie Irfan Syaharudin, 22, dan seorang penumpang wanita meninggal dunia di lokasi kejadian.
“Bagaimanapun polis belum mengenal pasti identiti penumpang wanita terbabit.
“Siasatan awal mendapati kereta dinaiki dua mangsa itu dalam perjalanan dari arah Sungai Kob menghala ke Mahang, manakala lori kargo dipandu seorang lelaki berusia 43 tahun pula datang dari arah bertentangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Redzuan berkata, sebaik tiba di tempat kejadian, kereta mangsa disyaki masuk ke laluan bertentangan selepas melalui satu selekoh sebelum melanggar bucu hadapan sebelah kanan lori yang bergerak di laluannya.
Katanya, akibat pertembungan itu, pemandu dan penumpang hadapan kereta mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan maut di lokasi kejadian.
Mayat kedua-dua mangsa di hantar ke Hospital Kulim untuk bedah siasat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Topic Berkaitan
#dua sahabat maut
#PUSPEN
#Kulim
#kereta bertembung lori
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan