awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua sekolah di Melaka ditutup tiga hari akibat COVID - Exco

Bernama
Bernama
06/04/2021
09:06 MYT
Dua sekolah di Melaka ditutup tiga hari akibat COVID - Exco
Rahmad berkata SK Jeram merekodkan empat kes membabitkan guru dan kakitangan manakala SK Pengkalan Balak pula melibatkan tiga guru dan tiga murid. - Gambar fail
MELAKA: Dua sekolah rendah di negeri ini ditutup tiga hari susulan terdapat warga sekolah dan murid dikesan positif COVID-19 iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram dan SK Pengkalan Balak membabitkan Kluster Jalan Kenanga.
Exco Kesihatan dan Antidadah negeri Datuk Rahmad Mariman berkata SK Jeram merekodkan empat kes membabitkan guru dan kakitangan manakala SK Pengkalan Balak pula melibatkan tiga guru dan tiga murid.
"SK Jeram ditutup bermula semalam hingga esok manakala SK Pengkalan Balak pula bermula esok hingga Jumaat ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Rahmad berkata penularan COVID-19 turut dikesan di Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) melibatkan dua kes di bawah kluster sama dalam kalangan kakitangannya namun, institusi pendidikan berkenaan tidak ditutup.
Beliau berkata seramai 298 kontak rapat, sosial dan tempat kerja telah dikesan membabitkan Kluster Jalan Kenanga dengan 207 individu telah disaring dan 25 daripadanya positif COVID-19.
Sementara itu, beliau berkata bagi Kluster Jalan Mata Kuching pula, seramai 67 kontak rapat telah disaring dengan 16 daripadanya positif pandemik berkenaan.
Rahmad berkata disinfeksi telah dilakukan di tempat terlibat oleh Unit Bekalan Air dan Kebersihan Alam Sekeliling (BAKAS), Jabatan Kesihatan Negeri Melaka.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sekolah ditutup
#sekolah di Melaka ditutup
#COVID-19
#exco Melaka
#Rahmad Mariman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan