awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pusat Kewangan Antarabangsa dilancarkan di tengah Vietnam
Indonesia sekat sementara akses Grok susulan kebimbangan kandungan deepfake AI
Washington, Caracas jayakan operasi bawa pulang kapal tangki Minerva ke perairan Venezuela
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua suspek bunuh warga emas diberkas

Astro Awani
Astro Awani
07/07/2017
08:20 MYT
Dua suspek bunuh warga emas diberkas
Dua suspek pembunuhan seorang warga emas yang sedang bersenam bersama isterinya di Taman Wawasan pada pagi Khamis dicekup dalam dua serbuan berasingan kurang daripada 24 jam selepas insiden berlaku.
Dua suspek pembunuhan seorang warga emas yang sedang bersenam bersama isterinya di Taman Wawasan pada pagi Khamis dicekup dalam dua serbuan berasingan kurang daripada 24 jam selepas insiden berlaku.
Ketua Polis Daerah Kerian, Superitendan Omar Bakhtiar Yaacob berkata kedua-dua suspek diberkas oleh pihaknya di Kampung Tanah Kebun dan Tali Air Besar, Batu 5, di sini hari ini.
Jelasnya, kedua-dua suspek warga tempatan itu ditahan berdasarkan hasil siasatan segera ke atas kes tersebut.
Omar berkata, kedua-dua suspek diberkas polis sekitar jam 2 pagi di rumah masing-masing sebelum dibawa ke Mahkamah Majistret Parit Buntar untuk direman selama seminggu sehingga 13 Julai ini.
“Susulan kes pembunuhan dan samun pasangan warga emas sehingga menyebabkan kematian seorang peniaga bahan binaan berusia 74 tahun semalam (Khamis), polis menubuhkan satu pasukan siasatan khas bagi memberkas suspek-suspek terlibat.
“Berikutan itu, polis berjaya menahan dua suspek orang tempatan berusia 27 dan 28 tahun tidak sampai 24 jam selepas kejadian berlaku hasil beberapa petunjuk termasuk motosikal yang digunakan suspek,” katanya dalam sidang media di bilik mesyuarat Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Kerian di sini hari ini.
Pada Khamis, rutin berjoging pasangan suami isteri warga emas berakhir dengan tragedi apabila si suami maut ditikam dua peragut di hadapan sebuah bank di Taman Wawasan Jaya, di sini.
Mangsa, Yeap Ah Kang @ Yeap Bak Seng, 73, ditikam pada bahagian perut ketika cuba mempertahankan isterinya yang berusia 67 tahun daripada suspek yang mahu meragut rantai leher wa­nita terbabit.
Suspek yang gagal mendapatkan rantai leher itu kemudiannya bertindak me­larikan diri dengan menaiki sebuah motosikal Yamaha LC 135.
Topic Berkaitan
#bunuh
#Omar Bakhtiar Yaacob
#suspek
#taman wawasan
#warga emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan