awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ibu, ibu saudara ditahan bantu siasatan budak enam tahun lemas di kolam air panas
Tiga lelaki ditahan disyaki seludup 10 tan beras siam
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua suspek kes pukul warga Myanmar sudah ditahan

Sinar Harian
Sinar Harian
17/09/2022
22:15 MYT
Dua suspek kes pukul warga Myanmar sudah ditahan
Rakaman video ketiga-tiga suspek yang mengejar mangsa hingga ditemukan terbaring dalam longkang berhampiran sebuah kedai makan turut tular di media sosial. -Gambar fail/video tular
IPOH: Dua lelaki yang disyaki terlibat dalam kes pergaduhan hingga menyebabkan kecederaan kepada seorang warga Myanmar di Bandar Baru Menglembu pada Jumaat, berjaya ditahan polis.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, suspek berusia 26 dan 38 tahun ditahan dalam dua serbuan berasingan.
"Kami berjaya menahan suspek masing-masing di Menglembu dan Jalan Bidor, Buntong sekitar jam 2.30 hingga 3 petang hari ini (Sabtu).
"Reman kedua-dua suspek akan dimohon pada Ahad bagi membantu siasatan," katanya di sini pada Sabtu.
Menurutnya, usaha mengesan seorang lagi suspek masih diteruskan dan kes disiasat mengikut 324 Kanun Keseksaan.
Sinar Harian melaporkan seorang lelaki warga Myanmar berusia 44 tahun cedera di kepala dan tangan akibat dipukul sekumpulan tiga individu dengan menggunakan kayu dan kerusi.
Rakaman video ketiga-tiga suspek yang mengejar mangsa hingga ditemukan terbaring dalam longkang berhampiran sebuah kedai makan turut tular di media sosial.
Siasatan awal mendapati mangsa disyaki mengganggu dan melakukan provokasi terhadap ketiga-tiga suspek yang sedang makan serta minum di kedai tersebut. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Myanmar
#Bandar Baru Menglembu
#Yahaya Hassan
#cedera diserang tiga individu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan