awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua suspek kes rogol diburu

Bernama
Bernama
20/11/2024
10:23 MYT
Dua suspek kes rogol diburu
Polis memburu dua lelaki tempatan yang disyaki terlibat dalam kes rogol seorang remaja perempuan bawah umur di kawasan Redang Panjang, April lepas. - Foto hiasan/X/@bernamadotcom
LARUT: Polis memburu dua lelaki tempatan yang disyaki terlibat dalam kes rogol seorang remaja perempuan bawah umur di kawasan Redang Panjang, di sini, April lepas.
Ketua Pegawai Polis Daerah Selama Superintendan Sarudin Samah berkata kedua-dua suspek berusia dalam lingkungan 20-an selain dipercayai merupakan pelajar institut pengajian tinggi.
"Kedua-dua suspek masih bebas dan kemungkinan berada di luar dari Perak. Kita juga telah dapatkan bantuan anggota (polis) di lokasi-lokasi yang kita rasakan menjadi tempat persembunyian kedua-dua suspek," katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Daerah Selama di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Selama di sini, hari ini.
Sarudin berkata lima suspek berusia dalam lingkungan 18 hingga 26 tahun telah ditahan dan dituduh di bawah Seksyen 375B Kanun Keseksaan di Mahkamah Taiping pada 14 Nov lepas berhubung kes sama.
Berdasarkan siasatan sejak 8 Nov lepas katanya mangsa yang berusia 15 tahun telah berkenalan dengan seorang daripada suspek menerusi media sosial dan bersetuju untuk bertemu.
Beliau berkata mangsa keluar dari rumah dengan menaiki kereta yang dipandu suspek ketika ibu bapanya sedang tidur.
Suspek membawa mangsa ke satu kawasan dan merogol remaja itu sebelum suspek lain turut berbuat demikian, katanya.
Sarudin berkata kes itu lewat dilaporkan kerana mangsa merahsiakan perkara tersebut daripada ibu bapanya.
Dalam pada itu, beliau berkata sebanyak 83 kes jenayah dilaporkan sepanjang Januari hingga Oktober lepas di Daerah Selama berbanding 37 kes yang direkodkan dalam tempoh sama.
"Meskipun peningkatan kes agak ketara namun kita berpuas hati kerana semuanya dapat ditangani baik oleh pihak polis," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#dua suspek rogol
#diburu
#remaja perempuan bawah umur
#Redang Panjang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan