Dua suspek wanita yang ditahan reman bagi membantu siasatan kes pembunuhan Kim Jong Nam, abang pemimpin Korea Utara, hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sepang atas dakwaan membunuh.
Suspek wanita pertama, Doan Thi Huong, 29, seorang warga Vietnam, didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama.
Jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman gantung sampai mati.
Suspek kedua, warga Indonesia, Siti Aisyah, 25, turut didakwa atas pertuduhan sama.
Kedua-dua wanita itu ditahan reman selama 14 hari mulai 16 Februari lepas bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan Jong Nam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada 13 Feb lepas dan tempoh reman mereka berakhir hari ini.
Siti Aisyah diwakili oleh lima orang peguam yang dilantik oleh Kedutaan Besar Indonesia, diketuai oleh peguam Gooi Soon Seng.
Manakala, Doan Thi Huong diwakili peguam Selvam Shanmugam.
Turut hadir di dalam bilik mahkamah ketika pertuduhan dibacakan ialah Timbalan Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Andreano Erwin.
Timbalan Pendakwaan yang diketuai Muhammed Iskandar Ahmad memohon agar diberi masa tempoh sebulan setengah untuk mengumpul semua laporan hasil analisa asid deoksiribonukleik (DNA), kimia, toksikologi dan bedah siasat untuk diteliti.
Sementara peguam Siti Aisyah, Gooi Soon Seng memohon agar hakim membenarkan permohonan sekatan dikuatkuasakan ke atas polis atau saksi berpotensi untuk mengeluarkan sebarang kenyataan kepada media berhubung kedua suspek yang disifatkan sebagai tindakan subjudis.
Hakim Harith Sham Mohamed Yasin yang bertindak sebagai majistret menetapkan tarikh 13 April depan untuk sebutan semula kes.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan berikutan ia bukan di bawah bidang kuasa Mahkamah Majistret.
Tan Su Lin
Wed Mar 01 2017
Dian Thi Huong dan Siti Aisyah didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama. - Foto Astro AWANI
MOM jangka 10 lagi atlet akan raih tiket ke Olimpik Paris
Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria mengesahkan bahawa sebanyak 18 atlet kebangsaan daripada tujuh jenis sukan layak ke Olimpik Paris 2024 setakat hari ini.
Tak tinggal sebumbung, Nora Danish akui rumah tangga bergolak
Nora mengakui rumah tangga yang dibina tujuh tahun lalu goyah, namun mereka berdua sedang berusaha untuk menangani kemelut tersebut.
Penolong pegawai perubatan didenda RM3,000 terima rasuah urus jenazah
Seorang penolong pegawai perubatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh didenda RM3,000 kerana menerima rasuah berkaitan kerja pengurusan jenazah.
KBS laksana kajian impak penganjuran Sukan SEA 2027
Mesyuarat mengenai perkara itu masih berjalan dengan penglibatan pelbagai pihak bagi mengenal pasti kelebihan dan kekurangan.
19 individu ditahan dipercayai terbabit sindiket pelaburan palsu
Mereka terdiri daripada lapan lelaki dan tujuh wanita tempatan serta empat lelaki warga asing berusia antara 16 hingga 38 tahun.
[TERKINI] Selamatkan Gaza: Dialog dua Perdana Menteri di Mesyuarat Khas WEF Arab Saudi
Tiga PM iaitu PM Palestin, Jordan dan Mesir serta wakil PBB di Gaza duduk sepentas berdialog secara langsung mencari formula menyelamatkan Gaza yang menjadi pusat graviti kepada kestabilan rantau Asia Barat.
OCC: Masih banyak usaha perlu dibuat dalam isu hak kanak-kanak - Azalina
Malaysia masih ketinggalan berbanding negara lain dalam menangani isu penderaan dan masalah sosial melibatkan kanak-kanak.
Piala Asia B-23: Indonesia tekad roboh benteng kebal Uzbekistan
Bintang skuad Garuda Muda, Witan Sulaeman, teruja dengan peluang untuk melakar lebih banyak sejarah ketika membuat persiapan menghadapi aksi separuh akhir PIala Asia B-23 malam ini.
Airbus RACER helikopter terpantas dunia?
Ketika masih dikenali sebagai pesawat eksperimen X3, ia memegang rekod sebagai helikopter terpantas dengan kelajuan mencecah 472 km/j.
AWANI Ringkas: Letupan bom di Thailand | Hadapi dua pertuduhan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pengawal keselamatan, pelajar tahfiz mengaku tidak bersalah membunuh
Berdasarkan pertuduhan, kedua-dua mereka didakwa dengan niat menyebabkan kecederaan tubuh badan dan menyebabkan kematian.
Dua suspek wanita dihadap ke mahkamah atas dakwaan membunuh Kim Jong Nam
Dian Thi Huong dan Siti Aisyah didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama.
Suspek serangan di masjid Quebec City didakwa
Mahkamah telah mengenal pasti penyerang itu sebagai Alexandre Bissonnette, 27, dan mendakwanya dengan enam pertuduhan bunuh dan lima pertuduhan cubaan membunuh dengan senjata.