awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita mengamuk, cederakan pekerja restoran guna garpu didenda
PETRONAS tandatangani perjanjian bekalan LNG selama 20 tahun dengan QatarEnergy
Orang Asli tidak terpinggir proses pendigitalan perkhidmatan - Shamsul Anuar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua unit bilik asrama SMK Kuala Nerang terbakar

Bernama
Bernama
19/06/2024
02:50 MYT
Dua unit bilik asrama SMK Kuala Nerang terbakar
Kebakaran dapat dikawal pada jam 7.55 pagi dan kerja-kerja 'overhaul' dijalankan di lokasi kejadian. - Foto JBPM Kedah/Sinar Harian
ALOR SETAR: Dua unit bilik asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Nerang, musnah dalam kebakaran pagi tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Nerang Penolong Penguasa Bomba Aminuddin Khozali berkata kebakaran yang berlaku kira-kira 7.30 pagi itu, tidak melibatkan mangsa.
"Bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.37 pagi dan sebaik tiba di lokasi mendapati, berlaku kebakaran pada struktur asrama sekolah yang melibatkan satu bilik penyimpanan barang dan satu bilik air di tingkat tiga.
"Operasi pemadaman menggunakan satu aliran dan dua pancutan dari jentera BBP Kuala Nerang dan BBP Pokok Sena. Anggaran kemusnahan kedua-dua unit bilik berkenaan adalah 90 peratus," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata api dapat dikawal pada pukul 7.55 pagi dan operasi pemadaman lanjut sedang dijalankan bagi memastikan tiada lagi sisa api kebakaran.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#asrama sekolah
#asrama terbakar
#JBPM Kedah
#SMK Kuala Nerang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan