awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua wanita antara tiga ditahan dalam operasi di sebuah makmal proses ubat tiruan - Bukit Aman

Bernama
Bernama
15/06/2023
21:15 MYT
Dua wanita antara tiga ditahan dalam operasi di sebuah makmal proses ubat tiruan - Bukit Aman
Dalam operasi pada 13 Jun lalu, WCB/PSK JKDNKA merampas peralatan pemprosesan dan ubat-ubatan yang dianggarkan berjumlah RM6.4 juta yang ditemui di sebuah makmal memproses ubat-ubatan tiruan di Taiping. - Foto PDRM
KUALA LUMPUR: Dua wanita dan seorang lelaki ditahan dalam operasi ke atas sebuah makmal memproses ubat-ubatan tiruan di Taiping, Perak, Selasa lepas.
Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Noorsiah Saaduddin berkata hasil pemeriksaan menemui peralatan pemprosesan dan ubat-ubatan yang disyaki tidak mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan (KKM).
"Semua peralatan pemprosesan dan ubat-ubatan tersebut yang dianggarkan berjumlah RM6.4 juta dirampas dan kes disiasat di bawah Peraturan 7(1)(A) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1982," katanya dalam kenyataan di sini semalam.
Operasi berkenaan dilaksanakan Wildlife Crime Bureau/Perisikan Siasatan Khas (WCB/PSK), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) serta KKM.
Noorsiah berkata sepanjang 2022, WCB/PSK telah melaksanakan dua serbuan dengan nilai rampasan berjumlah RM3.4 juta dan bagi tempoh 1 Jan hingga semalam, sebanyak lapan serbuan telah dilaksanakan dengan nilai rampasan berjumlah RM12.8 juta.
Foto PDRM
Foto PDRM
Foto PDRM
Foto PDRM
Beliau berkata PDRM khususnya JKDNKA komited membantu kementerian serta agensi kerajaan dalam menangani pelbagai isu ketenteraman awam dan keselamatan masyarakat.
"Operasi bersepadu bersama agensi penguat kuasa yang lain akan diteruskan dari semasa ke semasa.
"Penglibatan dan kerjasama orang ramai dalam menyalurkan maklumat amat digalakkan agar jenayah seperti ini dapat dibanteras sepenuhnya," katanya.
Foto PDRM
Foto PDRM
Foto PDRM
Foto PDRM
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#makmal proses ubat tiruan
#serbuan
#rampasan
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan