Skip to main content

Malaysia

Mangsa banjir di Selangor meningkat kepada 1,511 orang, Perak rekod penurunan setakat 4 petang

Di Selangor, jumlah mangsa banjir yang berlindung di tujuh PPS di daerah Kuala Selangor meningkat kepada 1,511 orang daripada 405 keluarga, berbanding 1,498 mangsa membabitkan 402 keluarga pada pagi tadi. -Gambar fail/Bernama
Di Selangor, jumlah mangsa banjir yang berlindung di tujuh PPS di daerah Kuala Selangor meningkat kepada 1,511 orang daripada 405 keluarga, berbanding 1,498 mangsa membabitkan 402 keluarga pada pagi tadi. -Gambar fail/Bernama
Advertisement

KUALA LUMPUR: Sebanyak 1,738 mangsa banjir masih berlindung di lapan pusat pemindahan sementara (PPS) di Selangor dan Perak petang ini.

Di SELANGOR, jumlah mangsa banjir yang berlindung di tujuh PPS di daerah Kuala Selangor meningkat kepada 1,511 orang daripada 405 keluarga, berbanding 1,498 mangsa membabitkan 402 keluarga pada pagi tadi.

Menurut portal InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Mahang menempatkan mangsa tertinggi, iaitu 433 orang, diikuti SK Dato' Maharaja Lela (393 orang), Sekolah Rendah Agama (SRA) Bukit Kuching (311 orang), Dewan Orang Ramai Bukit Kuching Tengah (131 orang) dan KAFA Integrasi Hidayah Bukit Cherakah (122 orang).

Advertisement

Dua lagi PPS yang beroperasi di daerah itu ialah SRA Batu 8 Ijok yang menempatkan 71 mangsa manakala Dewan Komuniti Penyayang Tanjung Siam menempatkan 50 mangsa.

Sementara itu, di PERAK, jumlah mangsa di daerah Hilir Perak petang ini terus berkurangan kepada 227 orang daripada 66 keluarga berbanding 265 orang daripada 74 keluarga pagi tadi.

Advertisement

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan PPS Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) Langkap yang menempatkan 19 orang daripada empat keluarga telah ditutup sepenuhnya pada 3 petang tadi.

Susulan penutupan itu, hanya satu PPS masih beroperasi di daerah berkenaan, iaitu Dewan Rumah Rehat MPTI yang menempatkan baki kesemua 227 mangsa daripada 66 keluarga yang terjejas.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement