awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Museveni menang Pilihan Raya Presiden Uganda
PRK Lamag: Mohd Ismail lancar manifesto, kemuka tujuh tawaran
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua wanita ditahan bantu siasatan kes bunuh lelaki warga emas

Bernama
Bernama
31/03/2022
20:40 MYT
Dua wanita ditahan bantu siasatan kes bunuh lelaki warga emas
Kedua-dua mereka direman sehingga Rabu ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Dua wanita warga asing ditahan bagi membantu siasatan kes seorang lelaki tempatan berusia 70-an yang meninggal dunia selepas dirawat selama empat hari di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, akibat kecederaan di muka dan dada, dipercayai dipukul.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata berkata kedua-dua suspek berusia 45 dan 49 tahun itu ditahan dalam dua tangkapan berasingan antara 3.45 petang hingga 8.43 malam, pada Rabu.
Beliau berkata kedua-dua mereka direman sehingga Rabu ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Menurutnya mangsa dibawa ke HKL pada 11 malam, 26 Mac lepas selepas ditemui tidak sedarkan diri di kaki lima di Jalan Pasar Pudu.
"Bagaimanapun, mangsa meninggal dunia pada 2.45 petang semalam akibat kecederaannya manakala motif kejadian masih disiasat," katanya ketika dihubungi pada Khamis.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes bunuh
#warga emas
#Jalan Pasar
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan