awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua wanita ditahan sembunyi dadah dalam seluar dalam

Bernama
Bernama
18/01/2014
00:21 MYT
Dua wanita ditahan sembunyi dadah dalam seluar dalam
-gambar hiasan
Dua wanita, seorang rakyat Malaysia berusia 28 tahun dan seorang warga Singapura berumur 46 tahun, ditahan Biro Narkotik Pusat (CNB) kerana cuba menyeludup kira-kira 450gm heroin dan 52gm dadah 'Ice' di dalam seluar dalam mereka ke Singapura pada hari Rabu.
Menurut CNB, kira-kira 2.20 petang Rabu di zon ketibaan kereta di Pusat Pemeriksaan Woodlands, pegawai dari Lembaga Imigresen dan Pemeriksaan (ICA) menahan sebuah teksi dengan nombor pendaftaran Malaysia yang membawa empat penumpang dan merujuk mereka kepada CNB untuk pemeriksaan.
Seorang pegawai wanita CNB melakukan pemeriksaan ke atas seorang daripada penumpang wanita dan menemui sebungkus heroin disembunyikan di dalam seluar dalamnya.
Satu lagi bungkusan heroin dan bungkusan lebih kecil berisi 'Ice' juga ditemui disembunyikan di dalam seluar dalam seorang lagi penumpang iaitu warga Singapura, dalam teksi sama.
Keseluruhannya, kira-kira 450gm heroin dan 52gm 'Ice' ditemui. Dadah yang dirampas itu mempunyai nilai pasaran kira-kira S$57,600 (RM144,000).
Siasatan terhadap kedua-dua wanita itu masih dijalankan.
Topic Berkaitan
#Biro Narkotik Pusat
#Dadah
#heroin
#Malaysia
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan