KEPALA BATAS: Dua wanita warga emas kerugian sebanyak RM390,500 selepas dipercayai menjadi mangsa sindiket Macau Scam yang mendakwa kononnya mereka terlibat dalam kegiatan rasuah dan dadah, dalam kejadian berasingan di sini baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Mohd Radzi Ahmad berkata kedua-dua mangsa yang berusia 60-an dan merupakan pesara itu membuat laporan polis berhubung kejadian itu Isnin lepas setelah mendapati wang dalam akaun bank mereka telah dikeluarkan secara berperingkat melalui transaksi pindahan wang.
"Dalam kejadian pertama, mangsa kerugian sebanyak RM148,000 dan dia mendakwa pada mulanya menerima panggilan daripada seorang wanita memperkenalkan diri sebagai pegawai pendakwa raya yang kononnya mangsa terlibat dalam kes rasuah serta pengubahan wang haram sebelum meminta mangsa memberi kerjasama jika tidak mahu ditangkap.
"Suspek mengarahkan wanita itu membuka satu akaun bank baharu dan memindahkan semua wang miliknya ke akaun tersebut bagi tujuan siasatan serta mengelak wang tersebut dirampas, mangsa yang takut telah mengikut segala arahan dengan memindahkan wang simpanannya sebelum memberikan maklumat perbankan kepada suspek," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata wanita itu yang merupakan pesara hanya menyedari dia menjadi mangsa penipuan selepas mendapati semua wang simpanan sebanyak RM148,000 yang telah dipindahkan ke akaun baharunya dikeluarkan secara berperingkat sebelum bertindak membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut.
Sementara itu, Mohd Radzi berkata seorang lagi wanita kerugian RM242,500 selepas dihubungi seorang lelaki mendakwa sebagai ejen insurans dan memaklumkan mangsa kononnya terlibat dalam kes tuntutan palsu insurans serta dadah.
Katanya, suspek mengarahkan mangsa untuk mengaktifkan semula satu akaun bank miliknya dengan memasukkan RM280,000 sebagai wang jaminan bagi mengelak ditangkap dan wanita itu yang takut telah bertindak memindahkan wang simpanan dan pinjaman sebanyak RM242,500 ke akaun tersebut sebelum memberikan maklumat perbankan kepada lelaki berkenaan.
"Mangsa hanya menyedari dia ditipu selepas cuba memasukkan baki wang jaminan sebanyak RM37,500 yang dipinjam daripada ahli keluarganya ke dalam akaun baharu itu, namun mendapati kesemua RM242,500 telah dikeluarkan melalui transaksi pindahan wang sebelum wanita itu tampil membuat laporkan polis," katanya.
Beliau berkata siasatan lanjut sedang dijalankan dan kedua-dua kes itu disiasat menurut Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu tipu.
"Pihak polis menasihatkan orang ramai untuk sentiasa berwaspada dan tidak mudah percaya dengan sebarang panggilan telefon daripada mana-mana individu yang mengaku sebagai agensi kerajaan mahupun swasta berhubung kesalahan jenayah serta membuat semakan terlebih dahulu dengan pihak berkuasa," katanya.
-- BERNAMA
BACA: Tiada siasatan melalui telefon, semak jika terima panggilan meragukan - Polis
Bernama
Wed Mar 09 2022
Kedua-dua mangsa yang berusia 60-an dan merupakan pesara itu membuat laporan polis berhubung kejadian itu Isnin. - Gambar hiasan
Pantau Agenda Reformasi: Tidak cukup belajar di sekolah?
Benarkah kanak-kanak Malaysia tak cukup belajar sedangkan jadual pembelajaran yang panjang di sekolah ketika guru turut terbabit dalam banyak program babitkan pelajar?
Dr Anuar Ahmad, Pensyarah Kanan Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Dr Anuar Ahmad, Pensyarah Kanan Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Ekonomi Asia Pasifik dijangka alami pemulihan bertahap - IMF
Walaupun ekonomi rantau Asia Pasifik berkembang 5 peratus tahun lepas, pertumbuhan dijangka perlahan kepada 4.5 peratus tahun ini dan 4.3 peratus pada 2025.
Tinjauan EY: Gen Z, milenial sanggup berbelanja untuk produk mampan
: Tinjauan itu mendapati sebanyak 81 peratus daripada pengguna tenaga di Malaysia yakin mereka melaksanakan tanggungjawab untuk menggalakkan kemampanan, 85 peratus percaya bahawa penyedia tenaga bertanggungjawab untuk menguruskan penggunaan tenaga mampan, manakala 31 peratus tidak bersedia untuk berbelanja lebih tinggi untuk produk mampan.
Nestle Malaysia: Saham meningkat kepada paras tertinggi lapan bulan
Tinjauan itu mendapati sebanyak 81 peratus daripada pengguna tenaga di Malaysia yakin mereka melaksanakan tanggungjawab untuk menggalakkan kemampanan, 85 peratus percaya bahawa penyedia tenaga bertanggungjawab untuk menguruskan penggunaan tenaga mampan, manakala 31 peratus tidak bersedia untuk berbelanja lebih tinggi untuk produk mampan.
Sime Darby Plantation cadang tukar nama kepada SD Guthrie
Sime Darby Plantation Bhd (SD Plantation) mengumumkan hasrat untuk menukar nama jenamanya kepada SD Guthrie Bhd.
Trend harga di Malaysia makin mahal - Inflasi, indeks harga pengeluar naik pada Feb dan Mac - DOSM
Trend harga di Malaysia memperlihatkan peningkatan inflasi 1.8% pada Februari 2024 selepas tiga bulan berturut-turut dilaporkan pada kadar 1.5 peratus.
Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$113.76 bilion
BNM berkata bagi tempoh 12 bulan akan datang, aliran keluar jangka pendek yang telah dikenal pasti bagi pinjaman, sekuriti dan deposit mata wang asing termasuk aliran keluar jangka pendek ini termasuk pembayaran balik berjadual peminjaman luar negara oleh kerajaan dan kematangan Bil Antara Bank dalam mata wang asing Bank Negara berjumlah US$13.24 bilion.
[TERKINI] Lima cedera dalam serangan bersenjata di London
Lima individu cedera dalam satu insiden serangan bersenjata di London pada pagi Selasa.
Pihak berkuasa memberitahu, seorang lelaki berusia 36 tahun ditahan kerana dipercayai melakukan serangan menggunakan pedang itu.
Pihak berkuasa memberitahu, seorang lelaki berusia 36 tahun ditahan kerana dipercayai melakukan serangan menggunakan pedang itu.
Lelaki berpedang serang orang awam di London, lima cedera
Satu serangan bersenjatakan pedang dilapor berlaku berdekatan stesen keretapi bawah tanah di Hainault, timur laut London, menyebabkan sekurang-kurangnya lima cedera akibat ditikam.
Kerajaan Negeri diharap segera pemakaian Akta Perhutanan Negara
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam berharap semua kerajaan negeri akan menyegerakan pemakaian Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 sebagai Enakmen Perhutanan (Pemakaian) di negeri masing-masing.
Teknologi canggih makmal analisis cryptocurrency selesai kes jenayah besar
Makmal analisis jenayah mata wang kripto yang mula beroperasi sejak 2021 merekodkan pencapaian membanggakan dan berjaya menyelesaikan kes-kes besar.
"Untung" RM110, rugi lebih RM200,000 akibat pelaburan tak wujud
Lelaki berusia 55 tahun itu mendakwa tertarik menyertai pelaburan yang dikatakan patuh syariah selain menjanjikan pulangan lumayan.
Pelajar IPTA di Arau alami kerugian RM38,000 ditipu Macau Scam
Seorang pelajar IPTA di Arau mengalami kerugian RM38,000 selepas dipercayai ditipu Macau Scam apabila terpedaya dengan dakwaan terlibat dalam siasatan kes pengubahan wang haram.
Macau Scam: Pesara guru rugi RM199,500
Mangsa mendakwa dihubungi suspek yang memperkenalkan diri sebagai pekerja syarikat penghantaran yang memaklumkan terdapat barang atas namanya.
PDRM sedang kenal pasti dalang seludup 43 rakyat Malaysia ke Peru
Polis sedang mengenal pasti dalang utama sindiket Macau Scam yang menyebabkan 43 rakyat Malaysia menjadi mangsa pemerdagangan manusia di Peru.
Kerajaan usaha bawa balik mangsa 'scam' luar negara
Buat masa ini kerajaan sedang berusaha mengesan mereka yang menjadi mangsa, kata Timbalan Perdana Menteri.
43 rakyat Malaysia mangsa sindiket Macau Scam diselamatkan di Peru
Seramai 43 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa penyeludupan manusia sindiket Macau Scam berjaya diselamatkan polis Republik Peru pada 7 Oktober lalu.
Guru paling ramai dalam kalangan penjawat awam jadi mangsa scammer di Johor - Polis
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata faktor itu dipercayai berikutan terdapat banyak komuniti guru di negeri ini iaitu kira-kira 50,000 orang.
Macau Scam: Pekebun sayur rugi hampir RM800,000
Mangsa yang takut dengan ugutan itu mendakwa telah diarah memindahkan wang daripada akaun simpanan ke lima akaun berbeza.
Sebanyak 5,513 aduan penipuan dalam talian dilapor ke MCMC, ini lima jenis scam
Sebanyak 5,513 aduan penipuan dalam talian dilaporkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dari 2020 hingga Mei tahun ini.