Dua warga Bangladesh ditemukan maut dalam rumah

Mangsa berusia 42 tahun mengalami 21 kesan tikaman manakala seorang lagi ditemukan tergantung. -Gambar hiasan/Getty Images
JASIN: Dua buruh binaan warga Bangladesh ditemukan maut di sebuah rumah di Durian Tunggal, Alor Gajah di sini, petang semalam.
Ringkasan AI
- Dua buruh warga Bangladesh ditemukan maut di sebuah rumah di Durian Tunggal, Alor Gajah, dipercayai akibat konflik peribadi melibatkan isteri salah seorang mangsa.
- Mangsa berusia 42 tahun mengalami 21 kesan tikaman manakala seorang lagi ditemukan tergantung, dengan senjata seperti pisau dan parang dirampas di lokasi kejadian.
- Polis menjalankan siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tampil membantu siasatan.
"Polis turut menemukan dua pisau dan sebilah parang di lokasi dipercayai berkaitan dengan kejadian," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin di sini hari ini.
Dzulkhairi berkata siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada masalah peribadi dua lelaki tersebut, yang dikaitkan dengan isteri kepada lelaki berusia 31 tahun itu.
Beliau berkata wanita itu merupakan warga Indonesia dan tinggal di rumah sama, namun difahamkan keluar bersama-sama bayi mereka berusia tiga bulan kira-kira dua minggu lepas.
Seorang lagi lelaki Bangladesh berusia 30-an yang turut tinggal di rumah itu menyedari kejadian tersebut selepas pulang dari tempat kerja pada kira-kira 7 malam.
"Jiran juga memaklumkan mendengar bunyi bising dari rumah berkenaan, sebelum kejadian disedari lelaki berkenaan yang mendapati pintu berkunci lalu meminta bantuan jiran dan polis," katanya.
Dzulkhairi berkata siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Orang ramai mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat kanan ASP Norehan Omar menerusi talian 06-556 2222 atau di balai polis berhampiran.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami