awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas PAT hadapi empat pertuduhan, nekad bersihkan nama - Peguam
Cabaran Rachel pada ToC 2026 berakhir awal
Kertas Putih MHIT mampu pertingkat akses bagi penjagaan kesihatan - CIMB Securities
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua warga Indonesia positif COVID-19 di Sarawak larikan diri - JPBN

Bernama
Bernama
18/06/2020
15:45 MYT
Dua warga Indonesia positif COVID-19 di Sarawak larikan diri - JPBN
Dua warganegara Indonesia yang disahkan positif COVID-19 di Sarawak selepas menjalani saringan telah melarikan diri.
Dua warganegara Indonesia yang disahkan positif COVID-19 di Sarawak selepas menjalani saringan bagi pemohonan permit kerja telah melarikan diri.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, kedua-dua individu tersebut melarikan diri semasa pihak JPBN sedang menjalankan pengesanan kontak rapat dan mencari punca jangkitan.
"Pihak majikan perlu berwaspada dan membuat laporan kepada pihak polis sekiranya mendapati dua pekerja (dari luar) cuba menyembunyikan diri di tempat mereka," menurut kenyataan itu.
Selepas beberapa kes positif COVID-19 dikesan dalam kalangan pekerja asing beberapa hari lepas, JPBN menasihati semua majikan untuk membuat saringan terhadap semua pekerja mereka, khususnya pekerja asing.
Sarawak hari ini mencatatkan empat kes positif COVID-19, iaitu dua kes membabitkan warga tempatan manakala dua lagi warganegara Indonesia, menjadikan jumlah keseluruhan kes positif setakat ini 565 kes.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#JPBN
#kontak rapat
#pekerja asing
#pemohonan permit kerja
#positif COVID-19
#Sarawak
#saringan
#warga Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan