Suami seorang pengasas produk kecantikan dan kosmetik antara dua orang lelaki yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini siang tadi kerana kesalahan menduga kelajuan kereta mewah jenis Mercedes Benz bulan lalu.
Kedua-dua tertuduh menerima hukuman digantung lesen memandu selama enam bulan serta didenda RM500 atas kesalahan berkenaan.
Majistret Kamarul Hasyime Rosli menjatuhkan hukuman selepas suami pengasas kosmetik itu, Arif Md Nor, 31, dan rakannya, Ahmad Sufian Abdullah, 32, mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dikemukakan.
Berdasarkan pertuduhan, mereka didakwa secara bersama-sama berada di atas jalan bagi tujuan menduga kelajuan kenderaan jenis Mercedes Benz berwarna kuning bernombor pendaftaran AKU 7471 dan F2239.
Menurut pertuduhan tersebut juga, perbuatan itu yang mana diambil perhatian tentang segala hal keadaan termasuk jenis kenderaan, saiz jalan dan kesesakan lalu lintas adalah berbahaya kepada orang awam.
Kesalahan dilakukan pada jam 2 pagi, 17 Januari lalu di Jalan Kubang Kerian menghala ke Pasir Hor berhampiran sebuah pusat servis kereta di Kubang Kerian.
BACA: Lumba haram: Pemilik kereta mewah ahli peniagaan kosmetik?
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 81(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum enam bulan atau kedua-dua sekali.
Prosiding pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa Trafik, Inspektor Siti Aisyah Abdul Manah manakala mereka diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kelantan.
Terdahulu, mereka memohon hukuman ringan dan insaf atas kesalahan itu, bagaimanapun Siti Aisyah memohon hukuman setimpal yang dapat memberi pengajaran kepada kedua-dua tertuduh.
Mereka kemudian menjelaskan denda dan dibebaskan.
Astro AWANI sebelum ini melaporkan polis menahan tiga individu termasuk seorang wanita berusia 30an susulan kes perlumbaan haram membabitkan dua kereta mewah jenis Mercedes Benz berwarna kuning di Jalan Kubang Kerian-Pasir Hor di sini.
Video perlumbaan berkenaan tular di laman sosial sehingga menimbulkan kecaman orang ramai.
Muhafandi Muhamad
Wed Feb 05 2020
Kedua-dua tertuduh menerima hukuman digantung lesen memandu selama enam bulan serta didenda RM500 atas kesalahan berkenaan. - Foto Astro AWANI
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Duga kelajuan kereta Mercedes, suami usahawan kosmetik didenda RM500
Suami seorang pengasas produk kecantikan dan kosmetik antara dua orang lelaki yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini siang tadi kerana kesalahan menduga kelajuan kereta mewah.