awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Duit deposit majlis kahwin tak dipulangkan? Akta COVID-19 baharu dijangka selesaikan isu tersebut

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
11/06/2020
07:43 MYT
Duit deposit majlis kahwin tak dipulangkan? Akta COVID-19 baharu dijangka selesaikan isu tersebut
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan kerajaan akan menggubal Rang Undang-Undang COVID-19 (Langkah Sementara) sebagai komitmen bagi mengurangkan impak perundangan COVID-19. - Gambar hiasan
Akta COVID-19 baharu yang bakal diwartakan oleh kerajaan sebaik ia dibentang dan diluluskan di Parlimen dijangka menyelesaikan beberapa isu susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia termasuk melibatkan kes penangguhan majlis perkahwinan di mana bakal pengantin tidak mendapat wang pendahuluan mereka.
"Insya-Allah akta tersebut tersebut akan dibentangkan di dalam Parlimen akan datang dan jika kita dapat kelulusan, dan diwartakan, kita akan laksanakan akta tersebut. Isu-isu berkaitan seperti yang disebutkan tadi (wang pendahuluan tidak dipulangkan) akan dapat kita selesaikan," katanya dalam sidang media harian, di sini pada Khamis.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu di mana pelanggan tidak dibenarkan mendapatkan semula wang pendahuluan mereka.
Ia susulan kerajaan masih tidak membenarkan majlis perkahwinan diadakan dalam perhimpunan yang ramai, sekali gus menyebabkan tempahan majlis terpaksa dibatalkan.
Terdahulu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan kerajaan akan menggubal Rang Undang-Undang COVID-19 (Langkah Sementara) sebagai komitmen bagi mengurangkan impak perundangan COVID-19.
Rang Undang-Undang itu dijangka dibentangkan pada sesi parlimen Julai ini.
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#keselamatan
#Media
#Muhyiddin Yassin
#Parlimen
#perhimpunan
#perkahwinan
#PKP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan