awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salah guna PLS warga asing sedikit meningkat - Saifuddin Nasution
Tibi: Tiada arahan penutupan sekolah di Kota Tinggi - Exco
Perhimpunan GARAH: 'Kritik boleh, tetapi ganggu keselamatan akan dikenakan tindakan' - Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Dulu asyik pertikai, bila jadi kerajaan tak tahu buat' - Shahrir

Sinar Harian
Sinar Harian
21/06/2023
21:15 MYT
'Dulu asyik pertikai, bila jadi kerajaan tak tahu buat' - Shahrir
Tan Sri Shahrir Samad mengkritik kerajaan kini yang didakwa tidak cekap dalam pengendalian urus tadbir negara. - Gambar fail
SHAH ALAM: Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Samad mengkritik kerajaan kini didakwa tidak cekap dalam pengendalian urus tadbir negara.
Bekas Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) itu mendakwa, ketika menjadi pembangkang, pihak berkenaan terlalu banyak mempertikaikan pelbagai perkara.
"Bertahun sebagai pembangkang asyik menyalahkan dasar dan strategi kerajaan, tapi bila sudah jadi kerajaan tidak pula tahu buat yang betul," katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Rabu.
Beliau turut memuat naik hantaran berhubung kritikan terhadap Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli yang didakwa masih tidak dapat menyelesaikan kemelut ekonomi melanda negara.
"Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah boleh bubar jawatan Menteri Ekonomi itu.
"Ekonomi rakyat dan negara semakin tergugat," kata beliau.
Topic Berkaitan
#ekonomi negara
#Menteri Ekonomi
#Rafizi Ramli
#PM Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan