awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwar dukacita insiden pegeboman masjid di Islamabad
Tiga kluster tibi di Kelantan babit sembilan kes
KBS galak penglibatan lebih ramai wanita dalam sukan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Salah guna PLS warga asing sedikit meningkat - Saifuddin Nasution

Bernama
Bernama
07/02/2026
09:01 MYT
Salah guna PLS warga asing sedikit meningkat - Saifuddin Nasution
Saifuddin berkata Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mengesan pelbagai bentuk salah guna, termasuk pelancong yang masuk ke negara ini tetapi bekerja atau menjalankan perniagaan. - Bernama
ALOR SETAR: Trend penyalahgunaan Pas Lawatan Sosial (PLS) oleh warganegara asing di negara ini menunjukkan sedikit peningkatan dalam tempoh dua tahun lepas, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau berkata Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mengesan pelbagai bentuk salah guna, termasuk pelancong yang masuk ke negara ini tetapi bekerja atau menjalankan perniagaan.
"Pemegang Pas Lawatan Sosial tidak dibenarkan bekerja atau berniaga, namun ada yang menyalahgunakannya untuk tujuan itu," katanya kepada pemberita, hari ini.
Beliau turut mendedahkan terdapat juga warga asing yang masuk sebagai pelancong, mengambil tempahan perabot atau hiasan dalaman sebelum kembali ke negara asal untuk menyiapkan tempahan dan menawarkan harga lebih murah, sekali gus menjejaskan peniaga tempatan.
Mengulas penubuhan pasukan petugas khas yang diselaras Kementerian Kewangan bagi menangani isu itu, beliau berkata JIM dan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) akan memperketatkan penguatkuasaan.
Dalam perkembangan lain, Saifuddin Nasution sekali lagi meminta penganjur perhimpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH) supaya tidak meneruskan penganjuran himpunan itu di ibu negara.
Beliau berkata lawatan Perdana Menteri India, Narendra Modi, itu penting memandangkan negara berkenaan merupakan rakan strategik Malaysia dari segi perdagangan dan antara pembeli minyak sawit terbesar negara, selain kedua-dua negara dijadual mengadakan pertemuan dua hala.
Katanya keadaan negara perlu berada dalam suasana tenang ketika menerima tetamu penting, manakala aspek keselamatan diserahkan kepada pihak polis.
Terdahulu, Saifuddin yang juga Pengerusi Bersama Majlis Tindakan Pembangunan Negeri (MTPN) Kedah meninjau projek Pusat Kemudahan Perniagaan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) bernilai RM17.5 juta yang kini mencapai 95 peratus siap dan dijangka beroperasi menjelang Ogos.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Imigresen Malaysia
#Pas Lawatan Sosial
#warganegara asing
#pelancong
#penguatkuasaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan