PADA 28 September 2018, masyarakat dunia dikejutkan sekali lagi insiden gempa bumi pada skala 7.5 magnitud melanda kawasan Palu, Sulawesi, Indonesia.
Pusat gempa bumi ini terletak kira-kira 78 kilometer utara dari Kota Palu, iaitu di Kabupaten Donggala Sulawesi Tengah.
Gempa bumi kuat itu 'hadir' bersama tsunami dengan ketinggian maksimum antara empat hingga enam meter.
Akibat daripada bencana alam itu, lebih 1,200 individu dilaporkan terkorban, selain bangunan-bangunan di kawasan sekitar runtuh akibat dibadai ombak tsunami.
JENDELA RAMADAN AL-MUBARAK
BACA: Tsunami Palu: Kesan Kemusnahan Akibat Amukan Bumi
Gempa bumi tersebut telah menyebabkan Sulawesi Tengah diisytiharkan darurat selama 14 hari bagi memudahkan misi bantuan dan menyelamat digerakkan ke kawasan terjejas.
Kini, selepas hampir empat tahun, 'amukan alam' itu masih meninggal kesan di lokasi sekitar dan juga masyarakat.
Tetapi menariknya, di sebalik insiden itu - lokasi tersebut kini menjadi antara kawasan popular untuk orang awam melakukan aktiviti ngabuburit.
Ngabuburit adalah istilah tempatan, iaitu merujuk kepada waktu menunggu berbuka puasa. Ia lazimnya diserikan dengan pelbagai pengisian acara seperti persembahan nasyid, tazkirah, seminar ilmiah dan juga aktiviti budaya serta riadah.
Mereka yang hadir di kawasan tersebut tidak melepaskan peluang merakam swafoto berlatar belakangkan Masjid Terapung Arkam Babul Rahman.
Masjid tersebut yang masih berdiri kukuh antara bukti betapa dasyatnya kesan akibat tsunami.
“Seronok ngabuburit di sini, dengan pemandangan alam yang indah,” kata salah seorang pengunjung yang dikenali sebagai Ahmad, seperti dilapor ANTARA.
Ahmad menambah, pemandangan yang menakjubkan itu disifatkan sesuai untuk meluangkan masa menunggu waktu berbuka, selain menyajikan pemandangan alam yang menakjubkan.
Seorang lagi pengunjung, Arsyad pula berpandangan, dia lebih suka kawasan pantai untuk ngabuburit berbanding tempat lain seperti bukit, kedai kopi, atau kafe.
"Rasanya lebih baik menunggu waktu berbuka di sini. Sambil menunggu, kita boleh menikmati bayu laut dan ombak sambil melihat nelayan menangkap ikan," ujarnya.
Hasimi Muhamad
Fri Apr 08 2022
Pengunjung berswafoto berlatar belakangkan Masjid Terapung Arkam Babul Rahman - Foto ANTARA/Muhammad Arsyandi/KT
Penghapusan subsidi diesel, impak ekonomi
Bermula pada tengah malam hari Isnin, 10 Jun 2024, harga diesel di semua stesen runcit petrol di semenanjung Malaysia akan ditetapkan pada kadar RM3.35 seliter, iaitu harga pasaran tanpa subsidi berdasarkan purata bulan Mei 2024.
Bagaimana langkah ini akan memberi kesan terhadap ekonomi dan perbelanjaan kerajaan?
Kupasan bersama Ketua Ekonomi, Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid.
Bagaimana langkah ini akan memberi kesan terhadap ekonomi dan perbelanjaan kerajaan?
Kupasan bersama Ketua Ekonomi, Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid.
Hari pertama tanpa subsidi, apa kata pengguna?
Untuk perkembangan lanjut hari pertama penghapusan subsidi diesel, kita bersama wartawan Ridauddin Daud.
AWANI Pagi: Pengiktirafan Pembangunan Industri Pelancongan
Tourism Industry Award bakal diumumkan tidak lama lagi, bagaimana penjurian dilakukan serta apakah signifikasi anugerah ini kepada pemain industri pelancongan? Ikuti temubual bersama Datuk Emmy Suraya Hussein, Pengerusi Jawatankuasa Tourism Industry Award dan Datuk Azlie Halim, CEO Santai Travel bersama AWANI Pagi jam 8.30 pagi.
AWANI Pagi: Misi penghantaran 1 juta pek daging korban ke Palestin
Diskusi AWANI Pagi 8.30 Isnin bersama dua tetamu yang akan berkongsi mengenai 'Misi Hantar 1 Juta Pek Daging Korban ke Palestin', program yang diusahakan Korban Ihsan Palestin, khusus untuk membantu penduduk yang dizalimi rejim Zionis
'Saya tak boleh dibeli, dijolok-jolok dengan projek untuk diam' - TMJ
Tunku Ismail tidak gentar untuk terus lantang bersuara demi kepentingan rakyat Johor.
Haji: Pertukaran jadual hanya untuk isu fiqh wanita dan kesihatan
Rozila berkata, jadual penerbangan pulang biasanya diatur sebelum keberangkatan jemaah haji ke Tanah Suci lagi.
Bahasa Mandarin bantu dalam kerjaya
Beberapa individu bukan Cina berkongsi bagaimana penguasaan bahasa Mandarin telah memberikan 'nilai tambah' kepada mereka.
Legenda Liverpool, Alan Hansen sedang tenat di hospital
Buat masa sekarang, tiada maklumat penuh diperoleh, namun pengurusan juara EFL itu sedang mendapatkan informasi lanjut melalui keluarganya.
Murid bukan Cina 'bersinar' di SJKC
Guru-guru SJKC tidak setuju dengan pendapat yang mengatakan kehadiran murid bukan Cina mungkin mempengaruhi prestasi keseluruhan sekolah.
EPL: Jadon Sancho akan dijual, Man Utd cari pemain baru
Menerusi perbincangan yang diadakan, pemain berusia 24 tahun itu tetap akan dijual musim panas ini.
Di Palu, mayat mula reput, ada yang hancur - Sukarelawan
Kota Palu kini hanya menyajikan episod ngeri dengan penemuan demi penemuan mayat yang sudah reput dan hancur oleh pasukan SAR.
Gempa Sulawesi: 152,000 mangsa masih tertimbus
Dianggarkan 152,000 mangsa masih lagi tertimbus di seluruh kawasan dilanda gempa bumi dan tsunami di Kota Palu, Sulawesi, Jumaat lepas.
Pelajar Malaysia di Sulawesi selamat
Semua pelajar Malaysia di Sulawesi dilaporkan selamat kerana kedudukan mereka jauh dari kawasan gempa bumi yang menggegarkan Kota Palu dan Donggala di Sulawesi Tengah semalam.